Warga Emas Didakwa, Kelar Leher Anak Gara-gara Rebut Siaran TV | Seorang lelaki warga emas didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia dilaporkan telah mengelar leher anak sendiri akibat bertengkar  kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, dekat sini pada 3 November lalu, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, baru-baru ini.

Warga Emas Didakwa Di Mahkamah, Kelar Leher Anak Gara-gara Rebut Siaran TV

Tertuduh dikenali sebagai S Krisman, 72, dihadapkan di hadapan Majistret Nurul Mardhiah Mohammed Redza, namun dikhabarkan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 November lalu. Sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan kes telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Dr Vasu Appu.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Disember serta serahan dokumen.

Sumbe: Berita Harian

Share.

Leave A Reply