Warga Emas Diragut. Ini Tindak Balas Wanita Itu Yang Mengejutkan. Ada Video.

| July 29, 2020 | 0 Comments

Warga Emas Diragut. Ini Tindak Balas Wanita Itu Yang Mengejutkan. Ada Video. | Jangan dipandang sebelah mata, seorang warga emas mendapat perhatian setelah melawan seorang pencuri yang cuba untuk mencuri telefon bimbit ketika berada di luar rumahnya, lapor Daily Mail.

jenayah ragut

Kejadian yang berlaku di Colombia pada Ahad lalu itu menyaksikan dua orang suspek yang menaiki motosikal menuju ke kediaman yang terletak di jabatan Santander.

Wanita warga emas itu pula dilihat sedang berehat dia atas kerusi dan sedang melayari telefon pintarnya ketika salah seorang suspek mendekatinya serta cuba untuk menyamun peranti tersebut.

Tanpa disangka, warga emas yang berani itu bertindak balas dengan merampas topi keledar suspek dan kemudian mengayunkan topi itu ke arah suspek yang terus melarikan diri.

Seorang lelaki juga dapat dilihat sedang duduk di atas kerusi namun tidak bergerak sedikitpun untuk menghalang kejadian tersebut.

Tiada sebarang tangkapan dilaporkan setakat hari Selasa.

 

Sumber : Siakapkeli & Dailymail

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *