Seorang wanita berusia lingkungan 70-an ditemui maut di rumahnya di Taman Paroi Jaya, di sini, malam tadi dengan kesan kecederaan pada badan dan beberapa barang miliknya hilang.

Warga Emas Ditemui Maut Dalam Rumah, Barang Peribadi Hilang

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata pihaknya menerima panģilan pada jam lebih kurang 8.25 malam, memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya dalam satu kenyataan, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada anggota badan wanita itu dan beberapa barang miliknya telah tiada. Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat.

Sehubungan itu, katanya, polis ingin menghubungi Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau, untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, saksi atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Asisten Superintendan Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222.

Sementara itu, seorang ahli keluarga wanita berkenaan, memaklumkan dia terkejut mendengar berita kejadian terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ujar seorang saksi yang tidak mahu nama didedahkan, dia  bersama isteri dari Nilai terus bergegas ke sini dan difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama suami berada di rumah ini.

Sumber: Berita Harian 

Share.

Leave A Reply