Warga Emas Ditemui Maut Terbaring Di Ruang Tamu

| February 3, 2021 | 0 Comments

Warga Emas Ditemui Maut Terbaring Di Ruang Tamu | Panggilan jiran tiada sahutan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di rumahnya. baca seterusnya..

TINGGAL SEORANG DIRI

George Town – Mayat seorang wanita warga emas dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya di Taman Sri Perak, Jelutong di sini hari ini.

mayat warga emas

Wanita berusia 75 tahun itu ditemui anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak selepas menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.12 pagi.

Difahamkan, jiran mangsa sebelum itu bertindak menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi memaklumkan kejadian selepas menyedari tiada sebarang makluman balas daripada wanita itu ketika memanggilnya pagi tadi.

Pegawai Operasinya, Yusri Zakaria berkata, pihaknya mengambil masa selama lima minit untuk memecahkan pintu pagar besi dan kayu menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, sebaik pintu dibuka mendapati mangsa sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumahnya.

“Kita percaya, wanita itu baru meninggal dunia pagi tadi berikutan keadaan mayatnya yang masih elok.

“Kita dimaklumkan oleh jirannya yang mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan dan setiap pagi dia akan keluar di hadapan rumah. Tetapi pagi ini, dia langsung tidak keluar bertemu jiran terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yusri memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan selanjutnya sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Operasi menyelamat dan membuka pintu rumah yang terkunci tamat sepenuhnya lada pukul 10.41 pagi tadi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *