Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Taee, di sini pada 9 Mac lalu ditemui meninggal dunia di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, kelmarin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 73 tahun itu dijumpai oleh pekerja ladang kelapa sawit pada jarak empat kilometer dari rumah mangsa selepas 12 hari hilang di dalam hutan.
Katanya, susulan laporan yang diterima mengenai penemuan mayat itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian segera dikerahkan ke lokasi.
“Komander operasi memaklumkan benar ada mayat berada di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit.
“Mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 9 Mac lepas setelah pengecaman dibuat melalui pakaian mangsa oleh anak mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Serian bagi tindakan lanjut.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Selepas 9 Hari Bertarung Nyawa, Mangsa Warga Emas Meningg4l Dunia.
PETALING JAYA – Penunggang motosikal warga emas meninggal dunia setelah sembilan hari dirawat di Hospital Sungai Buloh susulan terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Persiaran Sungai Buloh, pada 11 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada waris mangsa sekitar pukul 6.34 petang tadi.
“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 62 tahun terlibat dalam kemalangan pada 11 Mac lalu (Sabtu) kira-kira pukul 7.30 pagi.
“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai terlanggar kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan dan membelok ke kanan di hadapan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Fakhrudin, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.
“Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.58 petang tadi manakala bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di 019-3318339 bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Sumber: KMN