Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kereta | Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di dalam kereta miliknya dalam kejadian di Taman Iramanis di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun ditemui dalam sebuah kereta Toyota Spacio dipercayai milik mangsa yang terbakar hampir 95 peratus.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, polis menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta pada pukul 9.10 pagi.

“Anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi pemadaman kebakaran.

“Bagaimanapun, pasukan operasi memaklumkan terdapat seorang lelaki berada di dalam kenderaan terbabit sebaik api berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, siasatan awal daripada pasukan Forensik JBPM memaklumkan, api dipercayai berpunca daripada tempat duduk sebelah pemandu.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi menyatakan siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply