Warga Emas Hilang Sebelum Ditemui Mati Lemas

| February 15, 2021 | 0 Comments

Warga Emas Hilang Sebelum Ditemui Mati Lemas | Ditemui terapung, mayat lelaki warga emas yang dilaporkan hilang akhirnya ditemui. Baca selanjutnya..

DITEMUI MATI LEMAS

Iskandar Puteri – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Emereld Bay, Puteri Harbour, di sini semalam ditemui mati lemas, tengah malam tadi.

mati lemas

Komander Operasi, Shamsul Komari Bakar berkata, mangsa ditemui terapung di bawah jeti kapal bersauh tidak jauh daripada lokasi dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Rahman Abdul Majid, 79, dilaporkan hilang pada pukul 5 petang, semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mangsa kemudiannya ditemui terapung pada pukul 12.09 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shamsul, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 12.45 tengah malam tadi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *