Warga Emas Mati Dipijak, Dilempar Gajah

| January 16, 2021 | 0 Comments

Warga Emas Mati Dipijak, Dilempar Gajah | Bangkok – Seorang lelaki berumur 80 tahun mati selepas dipijak gajah liar ketika mangsa berkhemah di Taman Negara Khao Yai di Thailand pada awal pagi kelmarin.

Akhbar Bangkok Post me­laporkan serangan itu berlaku di tapak perkhemahan di Pha Kluai Mai ketika mangsa sedang tidur.

Pihak berkuasa tiba ke lokasi kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi (waktu tempatan) sebelum me­nemui mayat mangsa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Prayot Jitbun berasal dari wilayah Samut Prakan.

Beberapa pelancong memberi­tahu polis bahawa seekor gajah liar mengelilingi kenderaan mang­sa dan membuat serangan.

Gajah itu naik minyak secara tiba-tiba, menghentak kaki ke atas khemah mangsa dan melempar jasad Prayot ke udara sebelum terkena dahan sebatang pokok.

Pegawai taman mengesahkan gajah bernama Phlai Due itu ­sudah dipakaikan kolar penjejak sejak 8 Januari lalu.

“Mangsa memasang khemah jauh dari pelancong lain dan membawa bekalan buah-buahan dalam ken­deraannya.

“Gajah itu mungkin lapar dan tercium bau buah-buahan. Phlai Due sebenarnya mudah terganggu dan amuk selepas gagal memperoleh makanan yang dihidu,” kata pihak berkuasa.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *