Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum digilis sebuah treler di Jalan Pelabuhan Barat berhampiran pintu masuk pelabuhan di sini pada Rabu.

Warga Emas maut Digilis Treler Selepas Gagal Memotong

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan sebelum terbabas sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 3.20 petang.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki tersebut dalam perjalanan menuju ke Westport menunggang sebuah motosikal jenis Modenas MR1.

Katanya lagi, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh dan digilis oleh treler dari arah yang sama.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren disahkan maut di tempat kejadaian ekoran kecederaan parah dialaminya.

Katanya, pemandu treler berkenaan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dilaporkan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply