Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

| August 13, 2020 | 0 Comments

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta | Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan masuk ke Kampung Assyakirin, Bintulu, hari ini.

Tudin Mokti, 60, meninggal dunia serta-merta kerana parah di badan dan patah kaki.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa yang dalam perjalanan keluar dari simpang itu, tiba-tiba dirempuh MPV jenis Naza Citra yang menghala masuk.

“Rempuhan secara berhadapan menyebabkan mangsa jatuh, manakala pemandu MPV iaitu lelaki 34 tahun tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *