Warga Emas Maut Kereta Dinaiki Terbakar | Kuala Lumpur – Seorang warga emas maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Blok D, Warisan City View, Jalan 1/93 A Off Jalan Cheras, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 82 tahun itu berada di dalam kereta berkenaan ketika kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan (KKM).

Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Wan Hamizan Kamaruddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.10 pagi daripada orang awam.

“Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bersama Jentera LFRT-1 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera bomba di lokasi empat minit kemudian mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Terdapat seorang lelaki berusia 82 tahun di dalam kereta tersebut, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM yang tiba di lokasi,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, pasukan Unit Forensik akan menggunakan anjing pengesan bomba untuk menyiasat punca kebakaran yang meragut nyawa lelaki itu.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply