Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang berhenti.

Warga Emas MAUT Selepas Kereta Rempuh Treler

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah stesen minyak di Jalan Lipis-Raub di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyaksikan mangsa, Tan Ang Suan,83, meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan siasatan awal mendapati sebuah treler dari arah Raub telah masuk ke simpang kanan dan berhenti di dalam kawasan stesen minyak bagi tujuan mengisi minyak.

Semasa kejadian sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah Kota Bharu melanggar bahagian belakang tayar sebelah kiri treler.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Siasatan awal turut mendapati lokasi kejadian berhampiran jalan lurus dengan simpang masuk ke stesen minyak.

Malah, semasa kejadian itu berlaku permukaan jalan basah serta gelap.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply