Warga Emas Maut Selepas Motosikal Ditunggang Bergesel | Kemalangan ngeri yang membawa kepada maut sangat meruntun jiwa lebih-lebih lagi mangsa yang terlibat adalah dari golongan warga emas.

Hal ini juga yang berlaku kepada seorang warga emas yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal.

Warga Emas Maut Selepas Motosikal Ditunggang Bergesel

Parit Buntar: Kemalangan yang telah meragut nyawa seorang warga emas itu dikatakan berlaku di Batu 6 Jalan Bharu, Kuala Kurau di sini petang Selasa. Kejadian tersebut telah menyebabkan warga emas itu terjatuh lalu bergesel.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 petang itu, seorang mangsa, Asaari Bastani, 76, yang beralamat di Parit Tok Kip, Kuala Kurau telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo secara sendirian dari arah Pekan Batu Lima, Simpang Lima menghala ke Kuala Kurau.

Menurut Mazuki, ketika pihaknya sampai di tempat kejadian, bahagian kanan motosikal mangsa telah bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangi oleh seorang lelaki berusia 24 tahun yang ketika itu sedang memotong. Dalam kejadian itu, mereka kedua-duanya dikatakan terjatuh di atas jalan raya.

“Dalam kemalangan ini, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki terbabit mengalami cedera patah kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Parit Buntar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply