Warga Emas [email protected] Langgar Lampu Isyarat | Seorang warga emas berusia 85 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat, dalam kejadian di Jalan Kota Syahbandar, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 4.50 petang ketika mangsa, Tho Chye Sin yang datang dari arah Kota Laksamana sedang dalam perjalanan menuju ke kedai makan.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di sebelah kiri jalan berhadapan sebuah hotel.

Akibat kesan terbabas sendiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. Mayat telah di bawa ke Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian.

Katanya kepada pemberita, hari ini bahawa borang permintaan pemeriksaan mayat (POL 61) telah dikeluarkan bagi menjalani bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

(VIDEO) Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat

(VIDEO) Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat | Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan melambung apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Batu Unjur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, mangsa dikenali AK Jonathan, 27, patah jari manis kaki kanan selain luka di bahagian belakang anggota badannya.

Insiden pelanggaran itu tular di laman Twitter menerusi video berdurasi 22 saat daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta.

Tonton Video Kemalangan Terbabit :

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan hasil siasatan awal kereta jenis Proton Wira itu dipandu peniaga ikan berusia 20 tahun.

Katanya, kenderaan itu didapati tidak memberhentikan kenderaannya semasa lampu isyarat merah dari Pandamaran ke Taman Sentosa.

“Ini menyebabkan kereta itu melanggar mangsa yang dalam perjalanan ke Bukit Tinggi dari Taman Chi Liung.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya daam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyem 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

 

Posmen Menunggang Motosikal [email protected] Dilanggar Lori

Posmen Menunggang Motosikal [email protected] Dilanggar Lori | Seorang posmen maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Jalan Masjid Tanah berhampiran stesen minyak Shell Masjid Tanah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Noryazid Mohd. Nor, 45, dari Alor Gajah dan bekerja di pejabat Pos Masjid Tanah dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari Alor Gajah menuju ke pejabat Pos Masjid Tanah manakala lori jenis Nissan pula dari Masjid Tanah ke Sungai Udang.

Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori berkenaan telah melanggar penunggang motosikal dari belakang sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan termasuk di bawah tayar belakang lori sebelah kanan.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini bahawa mangsa yang cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Menurutnya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun saksi  awam telah tampil memberi keterangan.

Katanya, pemandu lori berkenaan dikenali sebagai R. Nathan, 42, dari Ampang, Selangor telah ditahan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk ujian darah dan air kencing.

Jelasnya, lori berkenaan telah ditahan serta dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) Alor Gajah.

Katanya, kes tersebut disiasat Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply