Warga Emas Tembak Kucing Jiran Didakwa

| October 15, 2020 | 0 Comments

Warga Emas Tembak Kucing Jiran Didakwa | Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan seekor kucing milik jirannya.

Tertuduh, Ab Hamid Ismail, 70, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sharif Sabran, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor kucing milik Nur Amalin Aishah Ariffin secara menembak menggunakan sepucuk pistol angin, jam 10.30 malam di Jalan Pintu Gang pada 17 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda di antara RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan 22 November depan bagi proses serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas tergamak mencederakan seekor kucing secara menembak haiwan peliharaan jirannya itu menggunakan sepucuk pistol angin.

Sumber : BH

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *