Warga Emas Temui Ajal Ketika Mendaki Bukit Soga

| May 19, 2021 | 0 Comments

Warga Emas Temui Ajal Ketika Mendaki Bukit Soga| Malang tidak berbau buat seorang warga emas apabila niatnya untuk melakukan aktiviti riadah bersama isteri dan anaknya menjadi tragedi apabila ia meninggal dunia di Bukit Soga, Batu Pahat, Johor dekat sini, petang semalam.

Warga Emas Temui Ajal Ketika Mendaki Bukit Soga

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata dalam kejadian pada jam 5.35 petang itu, mangsa, Gan Tian Guan, 62, mengadu sakit kepala sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa tinggal di Taman Putera, di sini beriadah mendaki bukit bersama isterinya yang berusia 54 tahun dan anak perempuannya yang berusia 19 tahun pada jam 4 petang.

Kemudian, ketika berada di puncak bukit pada ketinggian 286 meter, mangsa mengadu pening kepala dan terjatuh lalu tidak sedarkan diri.

Ismail berkata, anaknya kemudian bergegas turun untuk meminta bantuan orang ramai bagi menghubungi pihak hospital, bomba dan polis.

Tambahnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) yang hadir di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa turun dengan bantuan bomba dan dihantar ke HSNI untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II, Rohaizat Hamdan berkata, pihak bomba mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada polis bagi urusan selanjutnya.

Katanya, seramai sembilan orang anggota dari BBP Penggaram satu jentera FRT dan satu EMRS dihantar ke tempat kejadian.

Tambahnya , operasi ditamatkan pada jam 7.25 petang.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *