Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.

Will Smith Terima Anugerah Sambil Menangis, Mohon Maaf 'Serang' Chris Rock

Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.

Jelasnya, dia mahu minta maaf kepada Academy, dan juga mahu meminta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan dia menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).

Ujarnya yang menerima penghormatan daripada seluruh penonton yang berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya, ini bukan soal memenangi anugerah.

Menyambung ucapan tersebut, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”

Pada pertengahan acara Oscar 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia), Smith mengejutkan seluruh dunia apabila dia ke pentas itu dan menumbuk selebriti Chris Rock secara tiba-tiba.

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply