Anak bekas Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak, Yana Najib meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan sesi perbicaraan kes bapanya diadakan secara siaran langsung.

Melalui satu hantaran facebook sebentar tadi, Yana Najib mendakwa bahawa bapanya pernah meminta kes perbicaraannya disiarkan secara langsung sejak dari awal lagi.

Katanya lagi, ia membolehkan orang awam yang berada di luar memahami apa yang berlaku di dalam mahkamah.

“Memandangkan semakan kehakiman kes SRC yang akan bermula pada 19 Januari 2023, adalah penting bagi ayah saya dan dia bakal dibebaskan, sekiranya menang,” menurut hantaran tersebut.

Justeru, Yana Najib memberi saranan kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim supaya bersifat lebih terbuka dan bertindak telus dengan memberikan kebenaran kepada perbicaraan kes tersebut disiarkan secara langsung melalui penstriman atas talian.

Hantaran yang dibuatnya mendapat respon yang pelbagai daripada pengikutnya di ruangan komen. Setakat ini, hantaran tersebut mendapat lebih 670 tanda suka, lebih 200 komen dan dikongsi lebih 200 kali.

Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply