YDP Agong Dirawat Di IJN. Semua Masjid Di Pahang Dititah Adakan Solat Hajat

| September 24, 2020 | 0 Comments

YDP Agong Dirawat Di IJN. Semua Masjid Di Pahang Dititah Adakan Solat Hajat | Kuantan: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan semua masjid di Pahang mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat selepas solat Maghrib bermula hari ini.

Titah itu untuk mendoakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, solat hajat bagi tujuan itu akan diadakan selepas solat Jumaat, esok.

Katanya, solat hajat itu bagi mendoakan kesembuhan segera dan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesihatan berpanjangan.

“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan segera buat Al-Sultan Abdullah serta melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka serta huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi doktor ketika ini dan baginda tidak berada dalam keadaan membimbangkan.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *