YDP Agong Titah 30 Ahli Parlimen BN Menghadap Esok | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara esok.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi esok.

Jelas beliau, proses itu adalah bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 43[2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 43[2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air yang tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Barisan Nasional Tak Sokong Mana-Mana Gabungan Tubuh Kerajaan | Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dilaporkan bersetuju kekal sebagai pembangkang buat masa ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Jelasnya, alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Ujarnya dalam satu kenyataan di Twitter, BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

Berdasarkan keputusan BN hari ini, peluang Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 semakin tipis berikutan PH memiliki 82 kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), memerlukan sokongan 30 Ahli Parlimen BN untuk memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112.

Situasi itu juga selepas mengambil kira kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, semalam yang memaklumkan gabungan itu sudah mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri yang baharu.

Malah, Hamzah hari ini memaklumkan PN turut menerima satu lagi SD daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin dan SD tambahan itu sudah diserahkan kepada Istana Negara pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang ditemui selepas selesai mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn di sini, memaklumkan BN bersetuju secara ‘en bloc’ untuk kekal sebagai pembangkang.

Katanya lagi, semua setuju kita tak sokong sesiapa. Kita berdiri sebagai satu blok, dan kita sedia menjadi pembangkang.

Tambahnya, kita tak pilih (PN atau PH), tak masuk mana-mana. Kita hormat pendirian rakyat.

Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, ketika ditemui berkata 30 Ahli Parlimen BN yang hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN mengesahkan tidak menyokong nama mana-mana calon Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata, nama (calon Perdana Menteri) tidak ada. Kita tidak mencadangkan. Tidak ada ‘side’ (sebelah mana-mana pihak. (Semua) 30 Ahli Parlimen BN bertenang. Sehingga masa yang sesuai.

Beliau juga berkata, semua Ahli Parlimen BN sepakat bersedia untuk menjadi pembangkang.

Menurutnya, dalam politik semua boleh berlaku. Kami mahu ‘en bloc’ Kami dalam satu pasukan. Kita sedia jadi pembangkang.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga mengesahkan tiada nama calon Perdana Menteri dipersetujui oleh BN sama ada daripada PH atau PN.

Tambah lagi, tiada kecenderungan bagi (kedua-duanya).

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply