Zuraida Dikeluarkan Daripada Kumpulan Whatsapp Bersatu. | PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengesahkan laporan mengatakan Zuraida Kamaruddin dikeluarkan daripada kumpulan perbualan mereka.

Zuraida Dikeluarkan Daripada Kumpulan Whatsapp Bersatu.

“Ada benarnya juga apa yang diberitakan ini,” kata Muhammad Faiz Na’aman kepada FMT ketika ditanya mengenai laporan Utusan Online.

Portal itu melaporkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp yang dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Muhyiddin Yassin minggu lepas.

Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa Bersatu sedang menyiasat dakwaan bahawa Zuraida yang merupakan bekas Naib Presiden PKR yang berhijrah ke Bersatu susulan Langkah Sheraton tahun lepas, kini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia.

“Ini hal dalaman parti yang tidak patut terus dipolemikkan,” kata Faiz kepada FMT.

Zuraida dalam satu temu bual berkata, pihak parti tidak memaklumkan apa-apa kepadanya berhubung kedudukannya, sama ada secara rasmi atau tidak.

“Saya tidak tahu mengapa saya diserang dalam parti saya sendiri,” katanya kepada The Vibes.

Faiz memberitahu FMT bahawa kedudukan Zuraida akan dimaklumkan nanti.

“Kita tunggu sahajalah keputusan kepimpinan parti mengenai status Zuraida,” katanya.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply