Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Sembilan 2018. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya adab ketika berbuka puasa. Apabila adab itu dijaga dan diamalkan, kita dapat mengagungkan sunahnya.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Sembilan 2018.

Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW. Ibnu Umar berkata, “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum)

Kita juga boleh memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul) untuk berdoa ketika berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam)

Paling baik ketika berbuka adalah memulakan dengan buah tamar dan air. Rasulullah SAW berbuka dengan rutab iaitu buah tamar yang masak namun ia tidak dikeringkan.

Anas bin Malik RA berkata, “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (Riwayat Tirmizi)

Sekiranya makanan sudah terhidang, disunatkan untuk menjamah makanan terlebih dahulu dan selepas selesai barulah bersegera menunaikan solat Maghrib.

Di sini kami kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Negeri Sembilan tahun 2018.

WAKTU BERBUKA PUASA & WAKTU IMSAK NEGERI SEMBILAN.

ZON 1 : TAMPIN DAN JEMPOL

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Sembilan 2018.

 

WAKTU BERBUKA PUASA & WAKTU IMSAK NEGERI SEMBILAN.

ZON 2 : SEREMBAN, PORT DIKCSON, KUALA PILAH, REMBAU & JELEBU

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Negeri Sembilan 2018.

Pada bulan Ramadan juga, umat Islam digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah. Ini termasuklah menjamu orang berbuka puasa terutama kepada orang miskin, anak yatim dan golongan yang ditimpa musibah.

Menjamu orang berbuka puasa dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai orang yang dapat menikmati makanan itu, maka semakin tinggi ganjaran pahala yang diterima.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa iaitu pahala orang yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (Riwayat Tirmizi)

Share.

Leave A Reply