13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Ayer Keroh Melaka| Ayer Keroh ialah sebuah bandar yang berada di mukim Bukit Katil, Melaka. Kawasannya meliputi dari tol Ayer Keroh hingga ke Persimpangan Tun Ghaffar Baba. Ayer Keroh berada sekitar 2 jam dari Kuala Lumpur dan 4 jam dari Johor Bahru.

Ayer Keroh adalah salah sebuah lokasi di Melaka yang tak boleh anda pandang sebelah mata. Kalau Bandar Hilir Melaka kaya dengan tarikan sejarah, di sini pula ada banyak taman – taman yang menarik. Tapi sebelum tu, kenalah cari tempat penginapan dulu. Nak tahu di mana tempat penginapan menarik dalam yang ada di sekitar Ayer Keroh? Mari kita terokai 13 tempat menarik di Ayer Keroh ini.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Philea Resort & Spa

Resort indah dengan konsep rumah kabin berkayu balak ini dikelilingi oleh alam semula jadi yang penuh kehijauan di mana anda boleh menghirup udara yang segar tak terhingga. Tak larat nak jalan kaki dari satu kawasan ke satu kawasan? Jangan risau, kemudahan buggy turut disediakan pihak hotel.

2. Amverton Heritage Resort 

Anda dapat merasai nikmat cuti yang sebenar tanpa perlu keluar dari resort kerana ia lengkap dengan banyak fasiliti menarik seperti kolam renang yang luas, gelanggang tenis dan gimnasium. Pelbagai kemudahan menarik disediakan untuk memberi kegembiraan kepada anak kecil seperti taman tema air, Kid’s Fun Zone dan banyak lagi.

3. Bayu Lagoon Park Resort

Bayu Lagoon Park Resort adalah sebuah penginapan yang sesuai untuk anda yang bercuti berdua kerana ianya adalah sebuah penginapan jenis apartment. Anda boleh melakukan aktiviti lain dengan menggunakan fasiliti yang disediakan pihak apartment seperti kolam renang dan pusat kecergasan.

4. Courtyard @ Heeren Boutique Hotel

Dari luar lagi anda dapat melihat ciri – ciri Baba Nyonya tempat penginapan ini yang juga adalah sebuah rumah kedai lama. Apabila anda melangkah masuk, anda dapat melihat corak vintaj di setiap pelusuk ruangan buatkan anda terasa seperti hidup di masa silam.

5. 19straatheeren

19straatheeren adalah sebuah penginapan yang sungguh sempurna dekorasi dalamannya. Sampaikan rasa macam tak cukup sehari untuk anda nikmati keselesaan yang diberi. Biliknya juga agak elegan dengan katil berkayu putih dan lantai kayu yang sedap dipijak. Jarak tempat ini dengan Ayer Keroh hanya 23 minit sahaja.

6. H&A Guest House

Datang bercuti beramai – ramai? Bookinglah H&A Guest House! Tak payah pandang tempat lain lagi sebab penginapannya cukup selesa, menawarkan 3 buah bilik tidur yang kesemuanya lengkap dengan penyejuk udara. Untuk menuju ke Melaka River Cruise , ianya hanya 5 minit dari sini.

7. Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel menawarkan bilik yang dihias dengan moden dan miliki warna natural memberi rasa santai kepada sesiapa yang melihat. Bilik ini juga lengkap dengan banyak kemudahan yang kebiasaannya perlu untuk anda membuat permintaan dengan staff hotel seperti seterika, iron board dan hairdryer.

8. OYO 662 White Loft

Bertemakan putih secara umum dengan sedikit corak warna merah dalam hiasan dalaman bilik, corak dalamannya tidak buatkan mata anda serabut. Anda seorang yang berjiwa minimalist? Anda pasti dapat rasai ketenangan jika menginap di OYO 662 White Loft.

9. Warm Cottage

Warm Cottage adalah sebuah penginapan yang dapat berikan jiwa anda sekeluarga berasa tenang dan cozy yang datang dari keindahan hiasan dalaman yang sedap dipandang. Di Warm Cottage ini juga, anda boleh lihat tona semula jadi kayu ini dapat dilihat pada segenap pelusuk rumah.

10. Hotel MetraSquare

Siapa kata kena bayar lebih untuk sebuah penginapan yang berkonsep elegan dan mewah? Anda dapat nikmati semua kesempurnaan ini jika menginap di Hotel MetraSquare. Hotel bertaraf 3 bintang ini miliki 400 buah bilik yang selesa dan luas untuk anda yang menginap bersama keluarga.

11. World Youth Hotel

World Youth Hotel adalah sebuah hotel murah di Ayer Keroh yang dihias dengan ringkas namun miliki tahap keselesaan yang sangat memuaskan hati. Terasa lapar? Jangan lepas peluang untuk makan di restoran hotel ini yang menyediakan makanan yang enak sebelum anda mulakan langkah ke banyak lokasi menarik di negeri ini.

12. MITC Hotel

Bilik-biliknya dihias dengan gabungan warna yang selesa dilihat dengan sentuhan dekorasi dalaman yang berbeza, namun setiap bilik miliki aura elegan dan mewah yang tersendiri. Rancang untuk menginap semasa bercuti bersama keluarga? Anda pasti tak akan kecewa dengan MITC Hotel.

13. M2 Hotel Melaka

M2 Hotel Melaka menawarkan bilik – bilik yang dihias dengan ringkas dengan warna yang sejuk iaitu putih hampir semua ruang. Warna yang diguna ini buatkan bilik nampak lebih luas walaupun bilik ini sudah sedia luas namun menambahkan keselesaan untuk anda yang datang menginap bersama keluarga.

 

Sebagai salah sebuah hotspot pelancongan di Melaka, pilihan penginapan di Ayer Keroh tidak mengecewakan. Banyak juga hotel murah di Ayer Keroh memberi kualiti yang diimpikan, bersih, lengkap, luas dan strategik. Jika anda rasa senarai ini tidak cukup, anda boleh lihat di Booking.com untuk rebut tawaran harga yang lebih murah!

Share.

Leave A Reply