13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Batu Ferringhi Pulau Pinang | Batu Ferringhi sering menjadi tempat pelancongan orang dalam dan luar negara. Bukan sahaja meriah dengan penduduk yang ramah tetapi juga dengan tarikan menarik untuk dilawati. Di Batu Ferringhi anda boleh nikmati hampir semua tarikan ini di Penang.
Boleh dikatakan Penang penuhi hampir semua ciri – ciri lokasi pelancongan yang sempurna, tempat membeli – belah, pantai yang memukau, sejarah dan budaya yang unik. Sekiranya anda bercadang untuk jadikan Batu Ferringhi sebagai tempat penginapan, di sini kami beri senarai 13 penginapan di Batu Ferringhi. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang
Inginkan penginapan yang menawarkan harga bajet namun mewah? DoubleTree Resort by Hilton Hotel Penang adalah antara penginapan yang anda impikan. Yang menarik lagi, hotel ini juga menempatkan muzium teddy bear yang pertama di Malaysia, TeddyVille. Bolehlah anda masukkan lawatan ke muzium ini dalam rancangan anda.
2. D’Feringghi Haus Hotel & Restaurant
Suasana di dalam hotel ini tetap tenang tanpa sebarang bunyi. D’Feringghi Haus Hotel & Restaurant yang berada dekat dengan jalan utama ini cukup strategik bagi anda yang ingin berjalan kaki untuk ke banyak tempat tarikan tanpa perlu menaiki kenderaan. Jika anda jenis yang simple, menginap adalah satu pilihan yang tepat.
3. Susie VIP Suites@Sri Sayang Batu Ferringhi
Susie VIP Suites@Sri Sayang Batu Ferringhi memberi anda peluang untuk nikmati percutian dalam suasana penuh gah dan lengkap dengan banyak kemudahan hingga buatkan anda terpukau untuk menginap lebih lama dari yang dicadangkan. Anda boleh memilih dari 2 jenis apartment berkonsep moden.
4. G Beach Front Villa
Ingin tenggelam dalam keindahan Batu Feringgi yang sebenar? Menginaplah di bilik selesa yang ditawarkan G Beach Front Villa. Villa mewah yang berada di Medan Tanjung Bungah ini miliki reka dalaman yang cukup moden dan kelihatan selesa. Dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak, ruang makan dan ruang bacaan.
5. Batu Ferringhi Beach Villa
Nikmati penginapan yang penuh dengan keselesaan di Batu Ferringhi Beach Villa. Melihat dari reka bentuk dalaman, cukup sesuai untuk digelar ‘beach villa’ kerana suasana tropikalnya di mana hampir setiap sudut dihias dengan tumbuhan flora yang penuh dengan kehijauan dan warna – warni yang menaikkan seri villa ini.
6. Eco Capsule Resort
Resort kapsul ini adalah lokasi yang sesuai bagi anda yang mencari ketenangan alam semula jadi sebenar. Kalau berstamina tinggi, anda boleh guna denai panjang untuk menuju ke Penang Hill dari kawasan resort ini sendiri. Bilik-bilik yang disedia juga miliki tahap kebersihan yang sungguh memuaskan hati.
7. OYO 1149 Ferringhi Hotel
Tak nak buang masa yang lama atas jalan raya semasa bercuti nanti? Sekiranya anda menginap di 1149 Ferringhi Hotels, banyak lokasi menarik sekitar Penang boleh anda lawati tidak terlalu jauh dari penginapan. Kedudukan hotel ini walau dekat dengan pelbagai tarikan, tetap tenang dari sebarang gangguan bunyi.
8. Zahaar Hotel
Zahaar Hotel adalah sebuah hotel bajet yang dihias dengan simple namun serba lengkap dengan1 kemudahan yang dapat optimum keselesaan selama penginapan. Penginapannya lengkap dengan tandas, tv, penyejuk udara dan juga wifi. Terlebih sempurna untuk harga murah yang ditawarkan bukan?
9. Green Ocean Seaview Apartment
Nikmati indah panorama matahari terbenam yang memancarkan rona merah keemasan di permukaan lautan dan langit tanpa perlu keluar dari tempat penginapan jika anda masuk ke mana – mana apartment dengan 3 atau 2 bilik yang ditawarkan Green Ocean Seaview Apartment.
10. Holiday Inn Resort Penang
Resort yang menyediakan bilik dalam harga bajet ini padat dengan segala fasiliti yang dibayangkan untuk penginapan yang lengkap seperti spa, kolam renang yang berlanskap indah, bilik permainan kanak – kanak yang agak hi-tech, gym yang lengkap dan banyak lagi. Ianya salah satu pengalaman yang sukar dilupakan.
11. The Bayview Beach Resort 
Dengar sahaja nama hotel ini, The Bayview Beach Resort anda pasti membayangkan pemandangan dari bilik yang indah bukan? Sememangnya pemandangan dari bilik – bilik di resort ini dapat memukau jiwa kerana dari ruang santai bilik anda dapat nikmati suasana lautan ataupun bukit bukau di sekitar Batu Ferringhi.
12. Bayu Emas Apartments
Jika anda hargai pengalaman penginapan dalam suasana yang penuh ketenangan, jauh dari hiruk pikuk kawasan bandar, Bayu Emas Apartments adalah antara penginapan yang penuhi ciri – ciri ini. Suasana kawasan sekitar cukup damai dan penuh dengan warna hijau yang buatkan sejuk mata memandang.
13. HUPO Resort Beach Front Pool Villa
Siapa sangka sebuah penginapan villa ditawarkan dalam harga bajet? Menginap di HUPO Resort Beach Front Pool Villa dapat memberi anda privasi setelah kepenatan makan angin di sekitar Penang. Pada waktu lapang anda boleh nikmati mandian di kolam renang ataupun berehat di ruang santai di halaman villa ini.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Batu Ferringhi ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Batu Ferringhi ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!