13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Cameron Highland | Cameron Highland adalah lokasi percutian yang popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi dengan hijau ladang teh telah menjadi tarikan bukan sahaja orang tempatan malah dari seluruh dunia.
Menikmati udara yang nyaman, rasai strawberi segar yang baru sahaja dipetik atau hirup secawan teh Cameron panas. Mereka yang sudi melawat Cameron Highlands sudah pasti datang untuk melihat ladang teh yang unik ini. Tidak kira apa tujuan anda kemari, tambah pengalaman anda dengan menginap di kediaman di sini. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Nova Highland Resort & Residence
Jika anda jenis yang kurang gemar tempat yang punyai tema antik dan mencari tempat yang lebih moden, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Bilik di Nova Resort ini milik 2 bahagian iaitu The Square dan The Retreat. The Square punyai 160 unit jenis satu atau dua bilik. The Retreat pula ialah 3 bilik yang sesuai untuk bercuti beramai – ramai.
2. Copthorne Hotel Cameron Highlands
Copthorne Hotel memberi anda pemandangan atas bukit yang begitu indah. Hijau alam semula jadi dapat memberi anda ketenangan yang luas biasa. Dekorasi jenis minimalis dan mewah dapat memberi anda berasa selesa untuk berada di sini. Mereka punyai lebih dari dua pilihan ruang makan seperti kafe, lounge dan banyak lagi.
3. The Lakehouse Cameron Highlands
The LakeHouse Cameron berada dalam 1km dari aras laut dan memerlukan sedikit pendakian bukit. Keindahan dan kehijauan sekeliling memberi perasaan tenang dan segar selama duduk di sini. Untuk bersantai, anda boleh rehat di kerusi malas yang terdapat di bilik bacaan sambil nikmati ketenangan di kawasan itu.
4. Strawberry Park Resort
Ingin rasai tinggal di apartment mewah di Cameron Highland? Jangan beli lagi, anda hanya perlu tempah bilik di Strawberry Park Resort untuk bermalam di apartment mewah di atas gunung. Buka sahaja pintu bilik, anda akan terpegun dengan perabot hiasan moden dan kemas yang buatkan sejuk mata yang memandang.
5. Cameronian Inn
Cameroian Inn berada dekat dengan kedai, ATM, dobi dan restoran di sekeliling. Mereka menawarkan bilik maksimum untuk 4 orang dengan harga harian yang cukup rendah. Kemudahan bilik pula seperti bilik bacaan, televisyen dan juga akses WiFi. Anda juga boleh singgah ke pasar malam yang hanya 5 minit dari tempat anda.
6. Hotel De’La Ferns
Hotel De’La Ferns adalah hotel 3 bintang yang boleh anda cuba ketika bercuti di Cameron Highlands. Lokasi yang berada di atas bukit juga memberi anda panorama indah kawasan bukit dan pemandangan padang golf yang berdekatan. Dengan cuaca yang dingin, tentu suasananya rasa sangat tenang.
7. Hillside Cottage
Hillside Cottage berada di Tanah rata dan sangat dekat dengan terminal bas, kedai runcit, kedai makan dan banyak lagi. Hanya berjalan kaki saja untuk ke tempat – tempat itu. Penginapan di sini dibuat dari kayu dan punyai konsep ala – ala kampung moden. Sesuai sangat untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota.
8. Hillview Inn
Hillview Inn adalah sebuah hotel bajet yang berada di Tanah rata ini. Hotel ini masih kekal dengan facade English Cottage yang sinonim dengan Cameron Highlands. Lokasi yang cukup strategik dengan hanya beberapa minit ke Terminal Bas Tanah Rata dan Pekan Tanah Rata. Perkhidmatan shuttle bas pun percuma tau.
9. Highlanders Garden Guesthouse
Inginkan rumah indah di dalam kawasan taman? Anda boleh pertimbangkan untuk luangkan waktu cuti di Highlanders Garden Guesthouse.Dikelilingi oleh taman hijau yang punyai lanskap yang indah, ianya sebuah tempat yang menarik untuk dijadi pilihan jika anda ingin rasai privasi yang sebenar.
10. ATS Cameron Hotel
ATS Cameron Hotel pmiliki beberapa jenis penginapan yang berbeza seperti Studio, Apartment dengan dua buah bilik, dan juga Apartment dua bilik yang lengkap dengan balkoni. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan penginapan yang miliki beranda ini, bila lagi nak hirup udara segar Cameron sepuas hati kan.
11. Zenith Cameron
Tampak indah bak istana, hotel 5 bintang ini sedia menanti anda untuk percutian yang istimewa. Dari luar, hotel ini nampak megah dengan reka bentuk ala ala negara – negara Eropah. Dari segi hiasan dalaman pula, mereka bawakan suasana yang cantik dan mewah dengan sedikit sentuhan alam semula jadi.
12. Avillion Cameron Highlands
Modern, chic dan minimalis adalah antara perkataan yang sesuai dengan hotel ini.Terletak di Jalan Camelia, hotel ini hanya 5km dari ladang teh Boh yang menjadi tarikan utama Cameron Highlands ini. Hotel ini juga dekat dengan tempat tarikan yang lain seperti Mossy Forest, Thomson Falls dan ladang strawberi.
13. Casa Dela Rosa
Casa Dela Rosa adalah resort yang miliki 30 bilik yang menjadi pilihan orang ramai yang datang mencari tempat aman dari segala kesibukan dan habu biru kehidupan harian. Anda dapat pilih diantara 4 jenis Suotes yang diberi nama Cassa Passadena, Cassa Lambada dan Cassa Nikita ini.