13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Genting Highland | Genting Highland miliki banyak tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga, tak kira tua atau muda. Dengan taman tema yang agak meriah. Ianya juga sejuk mata yang memandang dengan aktiviti Stargazing, merentas hutan dan banyak lagi kerana lokasi ini yang berada di kawasan tanah tinggi.
Di Genting ini juga punyai kereta kabel terpanjang di Asia Tenggara untuk anda nikmati suasana alam semula jadi dengan sepuas hati anda. Disebabkan banyak tempat yang menarik pasti anda tercari – cari juga tempat penginapan di sini. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Resorts World Genting
Terletak tidak jauh dari pusat beli – belah, hotel ini miliki dekorasi dalaman yang unik dan kreatif, semua sudut adalah Street art! Jika anda ingin pemandangan yang lebih menarik, cuba dapatkan bilik dari tingkat tinggi, kerana panorama dari sini memang sangat mengasyikkan.
2. OwnAstay Vista Residence
OwnAstay Vista Residence miliki pemandangan yang indah buat mereka yang suka melihat hijau pokok – pokok yang segar hanya melalui tingkap bilik sahaja. Mempunyai 5 jenis pilihan bilik untuk anda bermula dari Studio Apartment sehingga 2+1 Apartment iaitu sebuah apartment yang tidak kurang besar juga.
3. DZH Health Resort Club
Terletak hanya 10 minit dari stesen kereta kabel, DZH Health Resort Club adalah sebuah resort dengan suasana yang cukup tenang dan penuh privasi. Resort ini miliki kolam ikan dan taman yang sangat cantik untuk anda bersantai bersama di waktu petang. Kalau lapar, anda hanya perlu jalan kaki 5 ke 7 minit ke gerai makanan!
4. Resort World Genting
Penginapan di Genting Highlands sering kali tidak mengecewakan dari segi pemandangan yang ditawarkan kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Inilah yang dapat anda nikmati kalau datang ke First World Hotel. Anda tak perlu pening kepala di mana untuk makan kerana banyak tempat untuk menjamu selera di kawasan hotel ini.
5. Glamz at Genting
Dibina di lereng bukit, Glamz punyai reka bentuk yang unik seperti rumah salji yang mana menarik perhatian anda yang inginkan percutian yang tenang dan damai. Reka bentuk Glamz punyai sudut lut sinar pada dinding bilik pasti buat anda jatuh cinta pada waktu malam dengan suasana yang tenang dan indah di sini.
6. The Tropic @ Midhill Genting
Berdekatan dengan kedai serbaneka dan juga Starbucks, homestay ini sesuai jika anda datang bercuti di Genting Highlands beramai – ramai dengan keluarga anda. Mulakan juga pagi santai – santai anda dengan udara pagi yang segar kerana homestay ini berada di pinggir bukit buatkan anda merasa segar pada waktu pagi.
7. Windmill Upon Hills
Jika anda bercuti bersama keluarga dan tidak mahu bilik berasingan, anda boleh tempah windmill Premium Suite iaitu sebuah apartment yang punyai dua buah bilik. Suite ini juga lengkap dengan kemudahan mesin basuh, peti ais, meja makan dan juga microwave. Ianya sangat membantu menyenangkan anda sekeluarga.
8. Swiss Garden Hotel
Lokasinya yang dekat dengan Genting Highland Premium Outlet juga pasti menajdi pilihan pengunjung kerana strategik. Yang paling bestnya di Swiss Garden Hotel ialah terdapat satu tingkat khas iaitu syurga makanan dengan pilihan pelbagai menu makanan di situ.
9. Family Cozy Home @ Midhills Genting
Family Cozy Home @ Midhills Genting ialah apartment studio yang lengkap dengan ruang balkoni sekali. Dari balkoni ini, anda disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang sungguh mengasyikkan jiwa. Anda boleh relaks dan nikmati teh panas yang boleh dibuat di ruang dapur.
10. Vest Suite @ Midhill Genting
Apartment ini mampu memuatkan 5 orang dalam satu masa. Dari tahap kebersihan sehingga kepada kemudahan yang diberi, semua ini punyai kualiti yang tidak ubah seperti hotel 5 bintang. Katil dan bantal yang cukup empuk, segala tentang a[artment ini pasti membuat anda tersenyum.
11. Scapes Hotel
Scapes Hotel ini miliki konsep flora dan fauna serta punyai 5 jenis pilihan tempahan bilik dengan kemudahan yang tersedia seperti jakuzi, kolam rennag, gymnasium, dan zon permainan kanak – kanak. Kemudahan ini boleh diakses oleh semua penginap sebeleum keluar berjalan – jalan ke tempat yang menarik di sekitar hotel.
12. Grand Ion Deleman Hotel
Grand Ion Deleman juga turut berada di puncak Genting Highlands ini. Cuba anda bayangkan anda bangun pagi dengan pemandangan yang penuh dengan kepulan awan awan yang sejuk dan nyaman. Kemudahan yang disediakan di sini ialah bilik karaoke, kolam renang, gymnasium dan banyak lagi.
13. Hotel Seri Malaysia
Hotel Seri Malaysia punyai pakej bilik dengan harga yang berpatutan dan mampu milik untuk anda datang ke sini. Tempat ini juga punyai servis dan kemudahan setaraf dengan hotel – hotel yang lain. Lokasinya yang ideal juga menjimatkan masa anda untuk melawat ke tempat – tempat menarik yang ada di sini.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Genting Highlands ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Genting Highlands ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!