13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Kuala Lumpur | Kuala Lumpur ini apa sahaja yang anda ingin, semua ada di bandar ini. Sebuah kota metropolitan yang terkenal di seantero dunia. Dari bangunan bersejarah, hijau pokok – pokok, tempat makan yang best, bangunan pencakar langit, tempat membeli – belah dan banyak lagi, semua lengkap di bandar yang kecil ini.
Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mesti lah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan – rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama yang akan berada di kepala adalah nak menginap di mana, betul tak? Haa tak perlu pening – pening. Di sini, kami kongsi senarai penginapan untuk anda yang ingin ke Kuala Lumpur.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Dorsett Kuala Lumpur
Dorsett Kuala Lumpur menawarkan beberapa jenis bilik tidur buat tetamu mereka. Kesemua bilik – bilik ini telah dihias dengan penuh bergaya dan nampak sangat classy. Terdapat 4 jenis bilik tidur di sini yang boleh anda pilih. Kesemuanya lengkap dengan bilik mandi en-suite, kelengkapan seperti TV, meja tulis dan banyak lagi.
2. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence
Pullman adalah hotel mewah yang terkenal di serata dunia. Setanding dengan hotel – hotel terkenal lain. Jadi, tidak hairan jika taraf dan standard perkhidmatan mereka cukup menakjubkan. Malah, corak dan dekorasi hotel Pullman ini juga cukup cantik dengan penggunaan warna minimal dan aksesori mewah.
3. Banyan Tree Kuala Lumpur
Sebuah hotel yang mengetengahkan ketenangan dan ketenteraman, Banyan Tree Kuala Lumpur berada di Jalan Conlay, di tengah – tengah kota raya Kuala Lumpur. Rekaan dalaman dan hiasan mereka menggunakan warna earth tones dan neutral menaikkan lagi suasana aman damai yang mereka tetapkan.
4. Grand Millennium Kuala Lumpur
Grand Millennium Kuala Lumpur punyai look yang lebih professional dan maskulin. Dari luar juga sudah nampak gah dan mewah. Pemandangan kota raya juga dapat dinikmati ketika anda makan di Restoran-restoran in house mereka dan juga Bistro 160, The Milk Cafe, Lai Ching Yuen dan Hanaya.
5. Impiana KLCC Hotel
Hanya beberapa langkah untuk ke KLCC, Convention Center, Pavillion dan banyak tempat menarik yang terkemuka, percutian anda sekeluarga pasti lebih menarik dan mudah. Nikmati kemudahan seperti transportasi ke lapangan terbang, laundry, gim, kolam renang dan juga doktor on-call semua diberi di sini.
6. ParkView Suite
Lokasi yang strategik ini memberi anda pemandangan kota raya Kuala Lumpur yang tiada tandingan. Parkview Suites ini memang nampak sangat mewah. Setiap unit juga punyai sebuah kitchenette atau dapur mini yang boleh digunakan untuk menyediakan snack ringkas dan membuat minuman.
7. Red by Sirocco
Bilik yang ditawarkan cukup luas dan dihias moden bertemakan warna hitam, putih dan merah. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh tonton tv yang punyai banyak siaran menarik. Walaupun berada di tengah bandar, suasananya tetap tenang dan jauh dari kesesakan orang ramai.
8. Hotel Stripes Kuala Lumpur
Ingin nikmati pemandangan yang lebih mengujakan? Anda boleh luang masa anda di kawasan kolam renang hotel yang berada di atas bumbung, dari sini anda bakal disaji dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur. Hotel Stripes Kuala Lumpur menawarkan bilik bergaya moden yang beraura mewah, cukup luas untuk lebih keselesaan.
9. Hotel Mezzo
Hotel ini berada hanya 5 minit dari LRT Maluri dan 10 minit ke pusat beli – belah Jusco. Selain itu, banyak tempat – tempat makan yang tersedia untuk anda di sekitar hotel ini. Bilik di hotel ini sangat selesa dan agak luas jadi ianya sangat sesuai untuk anda. Rekaan dalaman yang simple tapi tahap kebersihan hotel ini memang mantap.
10. EQ Kuala Lumpur
Mengekalkan taraf mereka sebagai hotel 5 bintang, EQ Kuala Lumpur yang berada di Jalan Sultan Ismail memang sering dibuat tempat persinggahan dan perjumpaan golongan elite dan kenamaan. EQ Kuala Lumpur sering dinaik taraf dan buatkan rekaan modern mereka sering nampak segar, trendy dengan sentuhan klasik.
11. Novotel Kuala Lumpur City Center
Perhiasan dan corak di hotel ini banyak berinspirasikan alam semula jadi dengan motif daun dan penggunaan warna seperti earth tones buatkan hotel ini tampak mewah namun tetap cozy. Kolam renang, gim, bilik majlis dan mesyuarat serta restoran mewah akan buat percutian anda lebih mudah.
12. Traders Hotel Kuala Lumpur
Penginapan di Traders hotel cukup terkenal dengan gaya mewah, modern dengan sentuhan maskulin. Namun, penggunaan fabrik dan aksesori mewah membawa keseimbangan dan suasana yang selesa. Bukan hanya lengkap dengan amenities yang mewah, mereka juga punyai pemandangan panoramik kota Kuala Lumpur.
13. The Bed KLCC
Bagi yang sukakan sesuatu yang simple dan mementingkan keselesaan anda tak perlu pandang penginapan lain lagi, pilih sahaja The Bed KLCC yang berada di Jalan Sultan Ismail ni. Hotel ini turut lengkap dengan banyak fasiliti menarik lain seperti kolam renang, gimnasium, dapur kongsi dan juga ruang lepak yang best.
Diharapkan senarai ini dapat bantu anda memilih tempat yang menawarkan apa yang anda mahu dalam sebuah percutian. Yang paling penting sekali, sesuai dengan bajet anda. Apa-apa pun, lagi awal anda rancang, lagi bagus, sebab anda mungkin akan dapat harga yang lebih rendah kalau anda membuat tempahan yang awal.