13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Kuala Terengganu | Sememangnya Kuala Terengganu adalah tempat pelancongan yang menawarkan keseronokan penerokaan yang tidak berkesudahan. Tarikan yang terdapat di Kuala Terengganu seperti pantainya, masjid – masjid yang unik, laluan streer art dan pasar yang penuh dengan variasi hasil tangan yang berkualiti.

Terbayangkan enaknya nasi dagang dan nasi kerabu? Itu tanda anda perlu ke Kuala Terengganu untuk cuti yang akan datang. Anda bukan sahaja dapat nikmati makanan yang enak, anda dapat rasai tarikan lain yang ada di sini serta penginapan yang dibuka di sini.  Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana penginapan yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Grand Puteri Hotel

Terletak tidak jauh dari Terminal Bas Kuala Terengganu yang hanya 5 minit dari hotel, Grand Puteri Hotel miliki penginapan yang cukup selesa lengkap dengan kolam renang untuk anda sekeluarga mandi – manda setelah puas jalan di sekitar bandar ini. Hotel ini juga hanya 5 mini dari Masjid Zainal Abidin.

2. Suite 18 Boutique Hotel

Suite 18 Boutique Hotel miliki dekorasi dalaman yang cukup simple dengan sentuhan industrial di mana sebahagian ruang hotel ini berdindingkan batu – bata. Yang menarik ialah hotel ini turut miliki ruang taman dan pondok untuk anda sekeluarga bersantai nikmati pemandangan pokok ru dan langit biru yang menenangkan fikiran.

3. Felda Residence Kuala Terengganu

Dari tingkap bilik, anda dapat melihat pemandangan matahari terbenam dan menaik serta bot-bot yang lalu lalang. Bukan sahaja miliki panorama yang menarik untuk dilihat, nilai tambah lain bagi hotel ini adalah lokasinya yang strategik. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke tempat – tempat di sekitar Kuala Terengganu.

4. Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu menawarkan penginapan dengan pemandangan yang indah Laut Cina Selatan, bayangkan bangun dari tidur dengan pemandangan air laut yang tenang, hilang segala beban di jiwa. Anda boleh segarkan badan dengan mandi manda di dalam kolam renang yang disediakan hotel.

5. TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Sebuah hotel yang cukup selesa untuk diinapi oleh orang muslim. TH Hotel & Convention Centre Terengganu menawarkan bilik yang luas, bersih dan corak yang memang tip-top! Yang menarik lagi tentang hotel ini adalah makanan yang dihidangkan di restorannya, mesti dicuba jika anda datang ke sini.

6. Ming Paragon Hotel

Terletak dekat dengan banyak restoran, kedai 24 jam 7-11 dan juga kedai dobi, segala kemudahan yang ada di sekitar Ming Paragon Hotel. Bilik keluarga yang ditawarkan hotel ini cukup luas lengkap dengan dua buah penghawa dingin dan dua buah bilik mandi. Jadi anda tidak perlu berebut tandas kalau di sini.

7. Rimba Hotel

Rimba Hotel adalah sebuah penginapan selesa yang dihias dengan simple namun lengkap dengan variasi kemudahan untuk hiburan anda sewaktu berehat di dalam bilik seperti wifi yang pantas dan tv. Hotel ini berlokasi strategik dengan tarikan – tarikan menarik kesemuanya kurang 4 km dari hotel ini.

8. Paya Bunga Hotel

Sukar untuk dipercayai Paya Bunga Hotel ini adalah sebuah hotel bajet kerana sentuhan dekorasinya yang begitu menarik dan kelihatan mewah. Bukan itu sahaja, kemudahan yang disediakan juga cukup sempurna. Tiada sesaat pun anda akan merasa bosan jika anda datang ke hotel ini.

9. Valya Hotel, Kuala Terengganu

Valya Hotel adalah sebuah penginapan bergaya tradisional dengan atmosfera yang gah seolah-olah hotel 5 bintang dalam harga bajet yang sangat berpatutan. Lengkap dengan katil yang empuk untuk tidur malam yang lena, setiap bilik juga lengkap dengan banyak kemudahan asas lain untuk keselesaan selama penginapan anda di sini.

10. The Serai Cottage Downtown Hotel

The Serai Cottage Downtown Hotel miliki hotel yang membawa konsep alam semula jadi sebagai dekorasi dalaman. Menggunakan perabot dari kayu solid dan rotan serta hijau – hijau sebagai hiasan, suasana sekitar hotel ini cukup segar untuk mata yang memandang.

11. Permai Hotel Kuala Terengganu

Jika tidak puas bermain air pantai, hotel ini turut miliki kolam renang sendiri yang juga sesuai untuk kanak – kanak. Hotel murah dengan kolam renang? Terbaiklah! Bukan itu sahaja yang disediakan di hotel ini, jika anda adalah seorang kaki gym, hotel ini juga miliki pusat kecergasan yang lengkap dengan semua jenis peralatan.

12. Hotel Ming Star

Jangan anggap hotel yang dilihat kecil dari luar ini sama kecil juga di dalamnya, setiap bilik yang dibuat di Hotel Ming Star ini cukup luas untuk anak – anak anda beraktiviti. Bukan hanya itu, bilik ini juga yang dihias moden cukup sedap mata memandang, lengkap dengan variasi kemudahan.

13. J Suites Hotel

Memasuki ruang lobi J Suites Hotel yang berada di Jalan Kota Lama ini membuat anda terpesona dengan dekorasi dalaman yang nampak begitu mewah. Bukan hanya miliki rekaan dalaman yang dilihat mewah, fasiliti juga cukup lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Kuala Terengganu ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan sangka pilihan yang menarik di Kuala Terengganu ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply