13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Kuantan Pahang | Kuantan ialah ibu negeri bagi Pahang iaitu negeri terbesar di Malaysia. Kuantan sebenarnya kaya dengan alam semula jadi yang tak berpenghujung dan makanan yang sekali cuba, sukar untuk dilupakan. Banyak perkara yang menarik di Kuantan membuatkan orang sering datang ke Kuantan.
Adakah anda merancang untuk ke Kuantan untuk cuti yang akan datang ini? Jangan risau, percutian yang memberi ketenangan dan kekenyangan sedang menanti anda. Daya penarik Kuantan terbukti dengan kewujudan banyak tempat penginapan di sekitarnya. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Silalima
Jika dilihat dari segi lokasi yang berada dekat dengan jalan utama, anda pasti tidak percaya bila dikatakan Silalima ini sebenarnya adalah sebuah tempat yang cukup menenangkan dan penuh dengan privasi. Reka bentuk yang cukup memukau bukan sahaja dari luaran malahan juga dalaman yang buatkan anda terasa seperti di Bali.
2. Imperium Residence Tanjung Lumpur
Menginap di sebuah hotel yang hebat dan selesa memang akan memberi kepuasan untuk percutian anda. Menawarkan banyak kemudahan yang boleh diguna seperti perabot yang cukup lengkap, alatan mandi, bilik yang berhawa dingin, sambungan Wifi percuma dan banyak lagi.
3. Laman Sentosa Boutique Residence
Trendy, unik dan stylish, inilah kata kata yang boleh digunakan untuk mengungkap reka bentuk dan dekorasi Laman Sentosa Boutique Residence. Bagi anda yang miliki citarasa yang tinggi, tempat ini pasti buat anda puas hati. Anda boleh bersantai disekitar sambil nikmati keindahan bersama kudapan yang diberi secara percuma.
4. Royal Chulan
Royal Chulan adalah sebuah penginapan yang berada dekat dengan pantai Cherating. Villa ini miliki reka bentuk yang gah menyerlahkan lagi gaya moden yang kelihatan sangata menarik. Bilik yang menghadap arah laut memaparkan panorama yang sangat indah dan luar biasa dengan harga yang mampu milik sahaja.
5. Cempaka Beach Resort
Cempaka Beach Resort dapat memberi anda pengalaman percutian yang santai. Lokasinya yang berada dekat dengan Pantai Cempaka, anda sekeluarga boleh merancang banyak aktiviti yang menarik untuk dibuat bersama. Antaranya ialah memancing ikan atau merasai sendiri pengalaman menjaring ikan secara tradisional.
6. White & Black Homestay
Sesuai dengan namanya, mereka menggunakan konsep warna hitam putih untuk seluruh rumah ini. Memang ala ala gaya rumah Eropah. Dari luar mungkin tempat ini akan kelihatan agak kecil tetapi di dalam Homestay ini etrdapat sebuah kolam renang yang tertutup dan bilik yang lengkap dengan 2 unit katil queen.
7. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan
Hotel 4 bintang ini punyai harga yang bermula serendah Rm 128 semalaman. Dengan haraga ini, anda dapat nikmati tempat yang cukup lengkap dengan fasiliti yang termasuk gimnasium, kolam rennag dan sauna. Terletak di lokasi yang agak menarik, anda hanya pelru memandu sekitar 5 minit untuk sampai ke Berjaya Megamall.
8. Skytree Hotel
Terletak di lokasi yang strategik dekat dengan pusat beli – belah dan bandar, skytree Hotel adlaha pilihan yang tepat bagi anda yang ingin akses yang mudah ke banyak tarikan di Kuantan. Bilik – bilik yang ditawarkan pula sangat selesa untuk diinapi beramai – ramai kerana keluasannya yang agak besar.
9. Villa Kuchinta
Inginkan tempat yang memberi anda sekeluarga ruangan privasi, Villa Kuchinta adalah tempat yang tepat untuk anda kunjung. Di villa ini miliki laman ynag lapang untuk anda melakukan banyak aktiviti yang menarik. Biliknya juga diberi dengan pemandangan alam skeitar yang indah dan sangat menakjubkan.
10. Mutiara Seview Resort
Mutiara Seview Resort adalah sebuah resort terbaik ang terletak dekat dengan sebuah pantai di Pahang. Di resort ini mereka miliki 3 jenis chalet yang sesuai untuk menajdi tempat anda bercuti. Setiap bilik punyai kelain yang tersendiri tetapi semuanya lengkap dengan kemudahan yang diberi.
11. Seasons View Hotel
Seasons View Hotel adalah sebuah hotel yang dihias dengan ringkas dengan warna putih dan coklat. Walaupun agak simple, keselesaanya tiada tolok bandingnya dengan katil yang empuk. Tidur malam anda sekeluarga pasti lena dibuai mimpi. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati sarapan pagi di sini juga!
12. The Sky Inn
The Sky Inn adalah sebuah hotel yang punyai gaya yang moden dan mewah. Menawarkan banyak jenis bilik, hotel ini miliki bilik yang kalis bunyi, kemudahan yang lengkap seperti tv, tuala dan banyak lagi yang telah disedia bagi setiap bilik. Tidur malam anda menjadi lebih selesa dengan kesempurnaan hotel ini.
13. Cathayana Hotel Kuantan
Terletak di tengah – tengah bandar, di sekitar hotel ini juga ada bnayak tempat untuk anda berbelanha dari pusat beli – belah hinga lah ke pasar. Cathayana Hotel Kuantan punyai bilik yang cukup luas untuk anda menginap bersama keluarga lebih lebih lagi dengan anak – anak yang begitu cergas dan aktif.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Kuantan ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Kuantan ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!