13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Kuching Sarawak | Kuching boleh dikatakan antara bandar yang terkenal dengan makanannya. Ramai para pelancong datang ke Kuching hanya untuk merasai sajian tempatan yang menyelerakan, seperti Bamboo Chicken, mee Kolo dan kek lapis batik Sarawak.

Ramai yang ingat nama bandar Kuching berasal dari Bahasa Melayu yang membawa maksud ‘kucing’. Tetapi, boleh jadi juga perkataan Kuching ini berasal dari Bahasa Cina ‘cochin’ yang memberi maksud pelabuhan. Banyak tempat menarik di Kuching yang boleh kita terokai. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Kunching ini.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. The Boxs Container Homestay Kuching

The Boxs Container Homestay Kuching menawarkan penginapan yang selesa di kawasan lokasi yang strategik. Kontena yang telah diubah suai dengan baik dan cantik untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Kontena berwarna warni yang telah dihiasi dengan beberapa hiasan kreatif hingga mampu buatkan anda terpukau.

2. Nanga Damai Homestay

Di sini anda akan dapat merasai keindahan alam semula jadi di Sarawak kerana tempat ini berada di Hutan Borneo. Yang bestnya di sini, anda tidak perlu keluar seawal pagi untuk mencari sarapan kerana ia telah disediakan, anda hanya tinggal untuk nikmati sahaja sarapan pagi anda yang lazat.

3. Nature Lodge

Berunsurkan dan punyai konsep alam semulajadi sesuai dengan namanya Nature Lodge. Bagi pencinta alam, Homestay ini adalah tempat yang sesuai dengan cita rasa anda. Di sini anda dapat mengakses WiFi secara percuma serta ruangan tempat letak kenderaan.

4. Nanga Shanti

Percutian anda memang tidak akan membosankan di sini kerana ada juga banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah berkayak di pantai, bola tampar pantai, mendaki dan meredah hutan. Mereka menawarkan bilik yang selesa dengan hiasan yang kreatif serta reka bentuk yang moden.

5. RB Homestay & Farms

RB Homestay & Farms ialah sebuah tempat terbaik dengan jaminan keselesaan buat anda yang ingin bermalam. Tempat ini berpendingin hawa dengan kemudahan WiFi dan tempat letak kereta yang diberi secara percuma. Banyak lagi kemudahan yang mereka tawarkan untuk semua bilik. Memang rugi kalau anda tidak datang kunjung ke sini.

6. The Green Cottage Kuching

The Green Cottage Kuching adalah homestay yang sesuai dengan permintaan anda. Mereka menawarkan 4 bilik tidur, 2 bilik air yang punyai pancuran air, ruangan makan dengan 8 kerusi, dapur yang telah lengkap dengan segala peralatan memasak dan ruang tamu tempat bersantai.

7. Sunset Homestay 2

Anda mencari Homestay di Kuching yang terbaik, menginap lah di Sunset Homestay 2. Pilihan yang tepat dan bijak untuk menginap di homestay yang serba – serbi lengkap dengan segala kemudahan ini. Homestay kongsi ini terletak di Pusat Bandar Kuching dan memberi akses yang mudah untuk ke bandar.

8. The Secret Sanctuary

Penginapan yang terdapat banyak daya tarikan menarik, semestinya hanya di The Secret Sanctuary. Lokasi ini adalah antara Homestay yang terbaik. Mereka menawarkan bilik yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan yang boleh anda tempah. Mereka ada menawarkan rumah yang mempunyai 6 katil single dan 2 katil queen.

9. The Village House

Salah satu lokasi penginapan yang unik dan buatkan diri lebih terasa berada di kawasan desa adalah di The Village House. Seperti namanya, lokasi ini dalam kategori hotel 3 bintang ini adalah sebuah hotel yang punyai suasana perkampungan. Suasana sekelilingnya yang tenang dan damai dengan keunikan hutan belantaranya.

10. Damai Beach Resort

Damai Beach Resort punyai kolam mandi di tepi pantai sesuai untuk orang dewasa dan kanak – kanak bersuka ria di sini. Bilangan bilik penginapannya sangat banyak sekitar 242 unit, lokasi yang cantik di tepi pantai serta punyai kemudahan fasiliti yang baik, sesuai untuk acara besaran seperti seminar / family day.

11. Permai Rainforest Resort

Kepulauan Borneo memang sangat terkenal dengan keindahan flora dan fauna. Resort menarik ini adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan eco – resort dan lokasi sangat strategik kerana berada di kaki bukit Gunung Santubong serta sangat dekat dengan Pantai Damai.

12. The Culvert

Penginapan di sini memang sangat unik kerana ruangan tidur tetamu adalah di dalam satu bilik yang berbentuk silinder. Terdapat 43 buah penginapan yang boleh anda pilih dan terdiri dari 2 jenis iaitu standard room dan suite room. Terdapat juga Underwater sound pool yang sangat cantik pasti berikan anda kepuasan mandi manda di kolam ini.

13. Cove 55 

Cove 55 ini dibina sebagai rumah percutian untuk keluarga Iban. Kemudian, ia diubah suai hingga dapat menempatkan 13 bilik, 2 suites dan satu vila. Apa yang unik berkenaan rumah ini ialah ruangan makan di Chef’s Garden. Ruangan makan yang juga terdiri dari slot dapur organik menjadi tempat tumbuhan dan herba segar di taman.

 

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuching, antaranya mendaki Gunung Santubong, iaitu gunung lagenda yang terkenal dalam kalangan pendaki dan orang tempatan. Jika anda minati seni bina yang unik, anda boleh lah lawati Masjid Kuching. Anda juga boleh merasai kepelbagaian budaya dan adat di Kampung Budaya Sarawak. Selamat Bercuti di Sarawak!

Share.

Leave A Reply