13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Langkawi Kedah | Pulau Langkawi yang terletak di Kedah ini memang cukup ramai orang ketahui dalam kalangan orang dalam dan luar Malaysia. Tidak kira untuk berehat sambil makan sedap mahupun untuk makan angin. Barang – barang dijual dengan harga murah seperti coklat. Jika pergi ke sana pasti akan borong bawa balik.
Pulau bebas cukai yang terkenal di Langkawi, bukan sahaja menjadi tarikan orang tempatan, malah orang luar negara juga datang dari jauh beribu – ribu batu. Setelah sampai, perkara pertama yang anda cari pasti tempat untuk berehat. Penginapan-penginapan di sini disedia dengan harga yang berpatutan. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Dash Resort Langkawi
Terletak di pesisiran Pantai Tengah, Langkawi, hotel boutique ini miliki percutian yang relaxing dan menyeronokkan dalam suasana yang unik dan menarik. Resort 4 bintang ini juga serba lengkap dengan segala keperluan yang anda perlukan untuk sebuah percutian yang takkan dapat anda lupakan.
2. Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Terletak di kawasan atas bukit yang dikelilingi hutan dan hidupan liar, penginapan ini memang sesuai untuk anda yang mahukan udara yang segar, jauh dari sebarang pencemaran serta ditemani bunyi alam semula jadi yang sangat merdu. Sememangnya susah nak lupakan pengalaman datang di sini.
3. Dayang Bay
Terletak hanya sekitar 8 minit pemanduan dari Jeti Langkawi, Dayang Bay bukan sahaja miliki lokasi yang cukup best untuk anda yang nak menjelajah seluruh pelusuk Pulau Langkawi, malahan hotel ini juga punyai banyak fasiliti yang menarik. Nikmati pemandangan air laut yang memukau hati ini.
4. The Ritz-Carlton
Sekali pandang hotel The Ritz-Carlton ini dari luar, mesti anda ingin nak tahu macam mana pula keadaan dalamannya. Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan ruang balkoni untuk anda bersantai bersama keluarga sambil hirup udara segar dan nikmati pemandangan mengasyikkan hutan hujan.
5. The Smith House
The Smith Hotel menawarkan tempat yang elegan lengkap dengan hiburan TV yang punyai movie – movie terbaru on demand! Jangan tak keluar bilik sudah. Kalau dah puas berseronok menonton movie tu, untuk menyegarkan badan, jangan lepas peluang untuk bermandi – manda di kolam renang atas bumbung hotel ini.
6. Casa Del Mar
Terletak di tepi pantai, pihak hotel boleh membantu anda dalam mengatur aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan seperti island hopping, snorkeling, kayak, menyelam skuba dan banyak lagi. Cukup banyak aktiviti menarik yang boleh anda rancang bersama keluarga di sini.
7. Meritus Pelangi Beach Resort & Spa
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa menawarkan 355 buah bilik yang ditempatkan di dalam chalet tradisional Melayu. Penginapan-penginapan ini tetap lengkap dengan kemudahan moden walau reka bentuknya tradisional malahan miliki ruang santai yang memberi pemandangan yang menyegarkan taman, kolam ataupun lautan.
8. The St. Regis Langkawi
Masuk sahaja ke ruang lobi hotel ini, anda akan diperlihatkan dengan dekorasi dalaman yang elegan dan menyejukkan mata dengan warna putih di sebahagian besar lobi. Ketenangan dari ruang lobi ini sudah cukup menggambarkan pengalaman indah yang dapat anda nikmati selama tinggal di sini.
9. Lot 33 Boutique Hotel
Lot 33 Boutique Hotel punyai bilik yang sangat selesa walaupun tidak lah selengkap hotel lain yang menawarkan banyak kemudahan yang gah-gah. Yang penting, bilik di sini boleh dikatakan miliki aura first class. Masuk sahaja ke ruang bilik, mesti sejuk mata anda melihat dekorasi dalaman yang tampak minimal ini.
10. The Bayview Hotel Langkawi
The Bayview Hotel Langkawi adalah hotel yang agak simple berbanding yang lain. Anda dapat nikmati pemandangan indah sekitar Langkawi iaitu kawasan bukit bukau ataupun lautan. Lokasinya pula memang best! Penginapan ini juga sangat dekat dengan kedai – kedai bebas cukai yang ada di Langkawi.
11. Rebak Island Resort & Marina
Terletak di Pulau Rebak, kalau anda ingin ke kawasan bandar di Langkawi ‘terpaksa lah’ anda naik bot untuk pergi dan balik. Itulah yang menjadi salah satu keistimewaan tinggal di Vivanta by Taj, sangat privasi dengan lanskap yang sangat mempesonakan dikelilingi oleh pohon pohon hutan hujan tropika.
12. Villa Molek
Apa yang anda inginkan untuk sebuah penginapan yang sempurna? Kolam renang dengan pemandangan indah bukit yang menghijau? Villa Molek sesuai untuk anda. Rekaan dalaman bilik yang sangat teliti dan lengkap dengan perabot mewah. Ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menghirup udara segar dan spa pun ada.
13. Maneh Villa Langkawi
Terletak di Pantai Cenang, Maneh Villa adalah sebuah resort yang menawarkan rumah jenis villa yang mana setiap satunya didatangkan bersama kolam renang persendirian. Malah, sebuah pintu sliding di ruang tamu villa boleh dibuka bagi menyambungkan dalaman dan luar villa.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Langkawi ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Langkawi ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!