13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Lumut Perak | Lumut adalah lokasi yang strategik di antara bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Ipoh. Dikeliling oleh paya bakau, Lumut patut menjadi lokasi yang paling penting dalam rancangan percutian. Mungkin itu sebab Lumut menjadi tarikan pelancong juga.
Bukan itu sahaja, di sini lah anda sekeluarga dapat nikmati makanan laut yang segar tanpa rasa bersalah kerana betapa murah harga yang ditawarkan. Sebelum anda datang, jangan lupa untuk tempah penginapan terlebih dahulu. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. DoubleTree by Hilton Damai Laut
DoubleTree by Hilton Damai Laut adalah sebuah tempat yang berada di dalam kawasan yang sangat tenang dan jauh dari sebarang gangguan bunyi bising. Resort ini juga lengkap dengan banyak kemudahan yang dapat buatkan percutian anda padat dengan keseronokan!
2. Rockbund Fishing Chalet
Kabin-kabin tepian pantai chalet diwarnai dengan variasi warna yang berbeza. Memang menarik kalau anda rancang untuk bergambar sepuas hati semasa bercuti. Bukan sekadar cantik di mata, kabin – kabin ini juga selesa untuk diinapi dengan dua buah bilik tidur yang berhawa dingin.
3. Aloha Hotel
Penginapan dengan harga bajet yang bermula dari bawah RM100, Aloha Hotel adalah sebuah pilihan yang cukup simple namun lengkap dengan kemudahan yang dapat memberi anda sekeluarga keselesaan. Dari sini juga mudah untuk anda cari kedai – kedai makan yang berdekatan.
4. Hotel Sfera
Penginapan yang elegan dan mewah, Hotel Sfera bukan lah sebuah penginapan bajet biasa. Hotel ini sangat terasa mewahnya. Dekorasinya sudah dapat dibayangkan keselesaan yang menanti. Kesemua 154 buah bilik di hotel ini dihias dengan moden dan penuh stylish!
5. Lumut Valley Condominium
Lumut Valley Condominium ini menawarkan 75 buah penginapan apartment yang sempurna dengan variasi kemudahan. Anda dapat nikmati pemandangan yang cantik di kawasan sekitar yang dikelilingi hijau Bukit Engku Busu dan ketenangan air laut yang tidak jauh lokasinya.
6. Ritz Garden Hotel Manjung
Elegan! Inilah perkataan yang boleh diguna untuk menggambarkan konsep rekaan dalaman bilik – bilik di Ritz Garden Hotel Manjung. Sebab lain untuk anda kunjung ke hotel ini adalah kerana restorannya Ritz Recipe yang dibuka selama 24 jam. Jangan lepas kan peluang ini tau!
7. Teluk Batik Holiday Apartment
Nikmati suasana yang menenangkan jiwa dari bilik pengunapan di Teluk Batik Holiday Aprtment. Apartment di hotel ini miliki pemandangan yang indah, lautan yang berada dekat dengan penginapan. Ruang balkoni dihidangkan dengan suasana kawasan hutan yang luas.
8. Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ingin rasai penginapan di tepi pantai? Anda boleh nikmatinya di Marina Island Pangkor Resort & Hotel! Dari ruang balkoni bilik-bilik hotel ini, anda dapat nikmati pemandangan air laut yang tenang. Anda hanya perlu berjalan kaki selama seminit sahaja untuk ke sana. Dekat bukan?
9. Hotel Mornington Bukit Permata Lumut
Hotel Mornington Bukit Permata Lumut adalah sebuah penginapan elegan yang padat dengan kesemua kemudahan yang penting selama berada di sini. Dari kemudahan hiburan tv, peralatan membuat air hingga lah kemudahan mandian, semua disedia dengan cukup lengkap.
10. Ritz Inn Lumut
Ritz Inn Lumut adalah sebuah pilihan yang tepat untuk penginapan yang penuh dengan keselesaan dan elegan jika anda ke Lumut. Dengan harga sekitar RM100, anda dapat menginap di dalam bilik yang juga lengkap dengan kemudahan seperti peti ais dan peti simpanan.
11. Mornington Hotel Waterfront Lumut
Ingin nikmati pemandangan yang mengujakan dari bilik yang diinapi? Kalau begitu, anda boleh memilik Mornington Hotel Waterfront Lumut sewaktu bercuti di Lumut. Bilik yang diberi juga miliki pemandangan yang menyegarkan pandangan mata sama ada lautan yang biru atau kolam renang.
12. The Orient Star Resort Lumut
The Orient Star Resort Lumut adalah sebuah resort yang dihias dengan minimal dam beraura klasik yang terletak hanya 5 minit jalan kaki dari Pantai Pasir Bogak. Dari bilim penginapan hotel ini anda dapat menyejukkan mata dengan pandangan kolam renang ataupun lautan.
13. CK Hotel
Hotel yang dihias dengan minimal ini dapat memberi anda rehat yang sempurna lagi – lagi dengan kebersihan yang memang terbaik. Biliknya juga agak luas untuk datang ke bandar Lumut ini dengan harga yang ditawarkan. Jika anda ingin kemudahan yang basic dengan harga bajet, jom booking CK Hotel.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Lumut ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Lumut ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!