13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Petaling Jaya | Petaling Jaya ataupun PJ adalah salah satu bandar yang terkaya di Malaysia yang padat dengan banyak tempat menarik untuk anda lawati. Sama ada untuk shopping, beraktiviti, swafoto, ataupun untuk memeriahkan deria rasa anda, semua ada di sini.
Mercu tanda yang terkenal di PJ ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang secara simbolik ialah sempadan antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Gerbang ini merentasi Lebuhraya Persekutuan yang pada asalnya adalah satu – satunya penghubung lebuh raya antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Di sini, kami kongsi senarai penginapan untuk anda yang ingin ke Petaling Jaya.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Happy Homestay
2. Time Hotel Sunway
Time Hotel Sunway adalah sebuah penginapan yang dihias dengan moden dan elegen bersesuaian dengan lokasi yang berada di tengah bandar Sunway. Bilik-bilik di hotel ini nampak cukup stylish dengan cermin yang besar dari lantai ke siling, menambahkan lagi ilusi keluasan biliknya.
3. GM Grand Moments
GM Grand Moments adalah sebuah hotel berlokasi hebat berhadapan dengan pusat membeli – belah Sunway Pyramid, di samping miliki banyak kedai makan 24 jam dan 7-E di tingkat bawah hotel. Anda akan dapat lihat hiasan dalaman yang kelihatan cukup mewah, ditemani dengan aroma yang menyegarkan.
4. GENIEHOME No10
Sebagai homestay yang baru diubah suai di Petaling Jaya, GENIEHOME No10 miliki taman dengan pemandangan halaman dalam. Rumah ini juga menawarkan WiFi percuma, tempat letak kereta persendirian percuma dan kemudahan lain – lain untuk tetamu yang kurang upaya.
5. Atria Sofo Suites
Terletak di Petaling Jaya dan dalam jarak 6.1 km dari Evolve Concept Mall, Atria Sofo Suites punyai kolam renang infiniti, bilik kalis bunyi yang selesa dan WiFi percuma. Homestay ini punyai bilik keluarga, dan juga unit yang boleh muat hingga tiga atau empat orang dewasa.
6. New Town Hotel Sunway Mentari
Hotel yang berada sederet dengan kedai – kedai ini, New Town Hotel Sunway Mentari, adalah sebuah penginapan yang mampu menenggelamkan anda di dalam keselesaan yang abadi. Kebersihan yang mantap, katil yang empuk dan penyaman udara yang menyegarkan, anda tidak perlu mencari penginapan yang mahal untuk keselesaan yang lengkap ini.
7. Somerset Damansara
Terletak di tengah – tengah Damansara Utama, Somerset Damansara ialah tempat yang menawarkan kolam renang luaran dan kawasan permainan kanak – kanak. WiFi percuma boleh diakses dari bilik dan tempat letak kenderaan percuma disediakan untuk tetamu yang memandu.
8. GM Hotel
Gm Hotel yang berada di Bandar Sunway Metro ini adalah sebuah penginapan yang dihias dengan ringkas menggunakan perabot kayu yang gelap. Walaupun rekaan dalaman nampak simple, keselesaan yang diberi sama seperti hotel yang mahal. Katil yang empuk buatkan tidur anda malam anda lebih selesa.
9. The 12 Suites
The 12 Suites menyediakan restoran, bilik bebas rokok dan WiFi percuma. Para tetamu disediakan dengan bilik yang berhawa dingin dan milik cerek, meja, peti sejuk, dan bilik mandi yang punyai bidet. Bilik yang disedia juga selesa dan cukup luas untuk pasangan atau keluarga kecil dan muat hingga lima orang dewasa.
10. Elegant Homes
Elegant Homes miliki penginapan yang luas serta balkoni dan Wifi percuma. Tempat ini juga menawarkan kolam renang peribadi dan tempat letak kereta percuma. Selain itu, mereka juga miliki sauna yang cukup selesa untuk anda kunjungi bersama keluarga.
11. Qliq Damansara
Jika anda lihat pada reka bentuk luaran bangunan Qliq Damansara ini, pasti anda akan terpegun. Anda pasti tidak percaya yang hotel ini hanya hotel bajet. Masuk ke ruang lobi pula pasti anda akan terkejut dengan dekorasi dalaman yang begitu kemas sentuhan modennya.
12. Light House Hotel
LightHouse Hotel & ShortStay @ Damansara Uptown adalah sebuah penginapan yang dihias dengan minimal menggunakan warna natural yang cerah iaitu putih dan coklat cair secara keseluruhannya. Warna-warna yang digunakan ini cukup sejuk dipandang mata dan melegakan fikiran setelah menempuh hiruk – pikuk kota.
13. Geo Suite
Geo Suite ini menawarkan bilik dengan variasi servis yang mereka lakukan. Apartmen ini miliki bilik keluarga serta kemudahan untuk tetamu yang istimewa lebih – lebih lagi tetamu yang kurang upaya. Semua unit lengkap dengan dua katil double besar yang boleh memuatkan hingga empat ke lima orang dewasa.
Sudah sampai ke penghujung artikel. Diharapkan senarai ini memberi sedikit gambaran tetang pilihan tempat yang seuai untuk anda sekeluarga. Jika anda ingin lihat lebih banyak lagi pilihan hotel yang ada di PJ ini anda boleh layari laman web Booking.com untuk lihat lebih banyak lagi. Pilih lah yang sesuai dengan jiwa anda. Selamat bercuti di Petaling Jaya!