13 Tempat Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Semporna | Di Semporna, selain dari pulau – pulau yang terkenal dengan kecantikan dan keindahan semulajadi mereka, resort Semporna juga adalah antara daya penarik utama kawasan ini. Resort-resort di Semporna sangat unik kerana kebanyakannya adalah jenis resort atas air Semporna atau turut disebut sebagai floating resort Semporna.

Dengan perairan kebiru – biruan, pantai berpasir serta beberapa tempat menyelam yang paling indah di dunia, Semporna begitu sempurna seperti namanya yang membawa maksud ‘kesempurnaan’ dalam bahasa Melayu. Ramai yang setuju anda akan dapat nikmati pengalaman seperti bercuti di Maldives namun pada kadar yang jauh lebih murah. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Semporna.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Tampi Tampi Resort

Tempat menarik di Semporna yang pertama ialah Tampi Tampi Resort, ini adalah tempat yang sangat bagus untuk menginap di Semporna. Terletak di tengah – tengah pemandangan pantai yang menakjubkan dan hutan hijau yang lebat, resor ini menawarkan keselesaan dan keindahan semulajadi yang tak terlupa.

2. Sipadan Kapalai Dive Resort

Untuk penyelam dan peminat kehidupan bawah laut, Sipadan Kapalai Dive Resort adalah tempat yang sukar untuk dilewatkan. Ia berada di atas platform kayu yang terapung di laut, serta kemudahan akses kepada lokasi penyelaman terbaik di Semporna, serta Pulau Sipadan yang terkenal.

3. Mabul Water Bungalow

Mabul Water Bungalow ini antara resort tumpuan bagi peminat aktiviti menyelam dan juga snorkeling. Sesuai dengan taraf resort 4 bintang mereka, resort ini sering dapat review yang sangat positif dari orang ramai. Anda tidak perlu risau akan kebersihan bilik, kualiti fasiliti dan kejernihan air lautnya.

5. Mataking Reef Resort

Mataking Reef Resortterletak di sebuah pulau persendirian yang disebut sebagai Pulau Mataking, lebih kurang satu jam dari pekan Semporna dengan menaiki bot. Walaupun ia mungkin satu perjalanan yang jauh, anda akan dapat merasai alunan turun naik ombak dan nikmati angin laut di sepanjang jalan.

6. Chan’s Smart Living Inn

Chan’s Smart Living Inn ialah salah satu penginapan mesra bajet di pekan Semporna. Dilengkapi dengan bilik yang luas dengan teres peribadi dan lanskap taman, penginapan ini turut sedia semua keperluan yang selesa pada kadar yang murah. Anda pasti akan suka dengan inn ini.

7. Cube Bed Station Hostel

Inilah pilihan terbaik untuk pengembara beg galas dan mereka yang melancong ke Semporna dengan bajet terhad. Anda boleh tempah bilik di Cube Bed Station Hostel dari bawah RM150 untuk satu malam. Walaupun agak kecil, hotel ini menawarkan tempat yang bersih dan sesuai dengan katil dua tingkat!

8. Hosanna Village Semporna

Bilik yang bersih, suasana yang selesa serta perkhidmatan yang mesra menjadi tiga gambaran paling biasa pernah kami baca berdasarkan ulasan tetamu di Hosanna Village Semporna. Ia mungkin bukan sebuah hotel mewah, tetapi Hosanna Village menawarkan penginapan yang selesa dengan biliknya yang unik ini.

9. Luna Guesthouse

Berada di tingkat satu bangunan lama yang wujud sejak abad ke 19, Luna Guesthouse adalah Inap & Sarapan yang telah dipulihkan yang berada betul – betul di tengah bandar. Bilik – bilik di sini sangat bersih dan luas. Anda juga akan dapat akses ke dapur kongsi, ruang istirahat serta ruang TV kongsi dan banyak lagi!

10. Pom Pom Island Resort

Pulau Pom Pom ialah sebuah pulau kecil yang dikelilingi terumbu karang dan berada sekitar 30km di timur laut Bandar Semporna. 5 Pulau ini dikelilingi terumbu karang kira – kira 4km dan pantai berpasir putih. Pom Pom Island Resort terletak di pulau ini dan menawarkan vila kayu dari tradisi, kedai makan, bar serta spa.

11. Dragon Inn Floating Resort

Resort yang menawan menjadi mercu tanda ikonik bagi Semporna. Direka dengan rekaan ringkas yang dapat ilham dari perkampungan air Bajau tradisional. Ianya disebut sebagai Semporna Terapung oleh orang kampung itu dan menawarkan penginapan yang selesa serta harga yang murah!

12.

 

Firefly Resort Semporna bersih, selesa dan tidak akan nipiskan dompet anda. Selain bilik yang selesa, ada juga restoran terbuka dan kawasan itu selesa untuk anda melepak bersama rakan dan keluarga selepas berjemur di bawah sinaran matahari. Pasti ianya tidak akan mengecewakan.

13. Nusakuya Resort

Di Nusakuya Resort banyak aktiviti yang anda boleh buat. Biliknya yang selesa dan kemas turut menjadi pilihan orang ramai untuk datang ke sini. Anda juga boleh sahaja minta sewa kayak dengan pekerja hotel yang sangat mesra pelanggan. Anda akan diberi kayak lut sinar di mana akan nampak macam anda terapung di tengah laut!

 

Bercuti di dalam Semporna Sabah ini memang menjamin pengalaman yang menarik kepada para pelawat. Banyak sungguh tempat menarik yang boleh di pergi untuk menenangkan fikiran dan bebaskan diri dari kesibukan kerja. Anda boleh pergi berkhemah dalam hutan, jalan – jalan di kota mahupun berenang di lautan biru. Anda pasti tidak akan rugi datang ke sini. Diharapkan artikel ini bantu anda rancang cuti anda bersama keluarga.

Share.

Leave A Reply