13 Penginapan Menarik Untuk Percutian Di Seremban Negeri Sembilan | Seremban, ibu kota Negeri Sembilan di Malaysia, adalah sebuah kota yang menawarkan variasi tarikan dan kegiatan menarik. Seremban juga dikenal dengan masakan tradisionalnya, seperti masakan Minangkabau dan hidangan khas seperti daging salai, rendang, dan masakan ikan patin.
Antara tempat menarik yang korang boleh kunjungi di Seremban adalah Seremban Lake Gardens, Centipede Temple, Jelajahi warisan budaya Minangkabau, Pasar Besar Seremban, Hutan Lipur Jeram Toi dan ada banyak lagi tempat menarik yang lain. Untuk korang yang berhasrat mencari short escape, kami bawakan senarai rumah sementara untuk anda bercuti di Seremban. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Ayer Keroh ini.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Royale Chulan Seremban
Royale Chulan Seremban adalah pilihan utama yang disyorkan kepada anda yang berhasrat untuk bercuti di Negeri Sembilan. Kemudahan yang disediakan untuk anda pula adalah seperti spa & restoran, kolam renang terbuka & tertutup, gimnasium, dan WiFi percuma untuk pengunjung.
2. The Dusun
Bagi mereka yang ingin bercuti pada hujung minggu bersama anak – anak ke satu lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota, The Dusun adalah satu pilihan penginapan yang sangat disyorkan. Di sini, Infinity pool yang ada punyai pemandangan hutan belantara asli yang sangat cantik dan menakjubkan.
3. Klana Resort Seremban
Resort ini berada di bandar Seremban, Negeri Sembilan. Ianya menawarkan penginapan yang selesa dan lengkap untuk tetamu yang datang atas urusan bisnes mahupun bercuti. Lokasi Klana Resort Seremban sangat strategik, ianya sangat dekat dengan akses mudah ke beberapa kawasan popular pelancongan!
4. Kairos Villa
Seakan berada di dalam bilik moden di tengah – tengah hutan. Ha, begitu lah suasananya ketika menginap di Kairos Villa. Sangat best untuk korang healing layan perasaan. Pemandangan pagi dan senjanya cukup indah memukau mata. Cuma satu kekurangannya, tiada swimming pool untuk korang bermandi manda.
5. Langit Rimba Eco Reserve
Di Langit Rimba ini anda boleh pilih mana – mana unit penginapan di Langit Rimba yang didatangkan dengan ruang barbeku dan taman persendirian tersendiri. Ruang makan dan ruang tamu juga adalah besar dan berkonsepkan “open air” memberi anda pemandangan indah Hutan Dara Gunung Berembun yang serba kehijauan.
6. Vila Sembayu
Vila Sembayu adalah sebuah resort mewah dengan kolam renang yang berada pada ketinggian 357 meter dari aras laut, menyajikan pemandangan serba hijau oleh kerana lokasi strategiknya yang berhadapan dengan Bukit Pantai. Bilik-bilik di Vila Sembayu ini pula dibuat khas dari keluli, kayu, dan bata asli!
7. Selepas Hujan
Vila persendirian eksklusif ini sesuai untuk pengunjung yang ingin nikmati ketenangan dari hiruk pikuk kota dan tekanan kerja. Bilik tidur di vila ini direka khas untuk memberi anda nostalgia suasana kehidupan di kampung, bagi anda yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman.
8. De Serenity Pantai Hills
De Serenity antara satu lagi resort menarik di Seremban yang mampu menyajikan para tetamu dengan penginapan yang cukup selesa. Dengan ruang yang luas sangat sesuai untuk korang santai – santai bersama keluarga. Di sini juga korang berpeluang nikmati pemandangan Hutan Berembun yang menakjubkan.
9. Spyder Hill
Spyder Hill adalah sebuah rumah vila berada bersebelahan dengan Hutan Simpan Berembun hanya 20 minit dari Bandar Seremban. Tempat ini menawarkan banyak aktiviti menarik, 2 buah bilik untuk penginapan yang selesa dan sebuah ruang acara untuk disewa. Anda takkan kecewa datang ke sini.
10. Awan Mulan
Awan Mulan menyediakan 5 jenis penginapan yang sesuai untuk penginapan beramai – ramai hingga ke penginapan untuk berdua. Dan setiap satunya ada ruang BBQ, dapur dan dek untuk layan view hutan dan senja bersama. Kalau dah datang ke sini, korang jangan lupa layan Skypoolnya. Sangat best!
11. The Shorea
Resort ini memberi pengalaman tinggal di tempat yang unik dan semula jadi yang indah. The Shorea miliki variasi pilihan penginapan yang terdiri dari vila – vila mewah dengan sentuhan seni bina yang khas. Setiap vila lengkap dengan kemudahan modern seperti TV, mini bar, bilik mandi peribadi, dan balkoni.
12. Airis Homestay Seremban
Airis Homestay ini berada di Safira Apartment dan miliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Apartment ini punyai perabot yang lengkap seperti wifi, katil, tv, mesin basuh, peti ais dan banyak lagi. Fasiliti rekreasinya juga boleh tahan, so anda boleh enjoy penginapan di sini dengan sebaik mungkin.
13. Sembayu Villa
Ini villa moden kat lereng bukit dengan pemandangan hijau gunung – ganang. Bila senja, view dari berandah yang memang memukau. Ianya juga datang dengan private pool untuk anda layan. Dan bagus lagi, anda boleh book bilik untuk berdua – dan tak perlu book seluruh villa. Cuma harganya tinggi namun sangat berpatutan.
Anda telah pun sampai ke penghujung artikel ini. Jadi, sudah kah anda membuat keputusan untuk memilih di salah satu tempat penginapan dan pusat peranginan di Seremban yang kami senaraikan ini? Jika anda rasa tak cukup dengan senarai yang diberi anda boleh lihat di Booking.com untuk ketahui lebih lanjut. Selamat bercuti di Negeri Sembilan!