13 Sebab Kenapa Doktor Gigi Dipanggil Dalam Nahas Jet Elmina | Tengah makan tengahari di tempat makan best di Alor Setar, tiba-tiba dikejutkan dengan berita nahas jet di Elmina. Dalam banyak-banyak berita nahas jet di Elmina ini, ada satu perkara yang membuat ramai tertanya, kenapa doktor gigi dipanggil dalam penyiasatan nahas jet ini ye? Apa tugas mereka dalam penyiasatan kemalangan kapal terbang ini?

1. DUNIA FORENSIK PERGIGIAN
Ramai yang tidak tahu, dalam banyak bidang dalam pergigian, ada satu unit dipanggil forensik pergigian. Unit ini fokusnya adalah untuk mengecam bahan bukti dan sisa pergigian dalam apa jenis kemalangan atau jenayah. Bukan kes Elmina sahaja, tetapi kes MH17, lahad datu and beberapa kemalangan lain pun mereka terlibat sama.
2. TIADA MANUSIA PUNYAI SET GIGI YANG SAMA
Tahukah anda tiada dua orang mempunyai set gigi yang sama. Gigi kita semua sebenarnya adalah seunik cap jari kita yang tiada yang sama. Jadi, bila berlaku jenayah atau bencana melanda, rekod pergigian penting dalam membantu penyiasatan. Selain dari analisa DNA, ciri pergigian yang unik, tampalan gigi, dan rawatan pergigian boleh menjadi kunci kepada pengenalan mayat.
3. KEPENTINGAN REKOD PERGIGIAN
Apabila mayat terjejas teruk akibat impak, letupan atau kebakaran, rekod pergigian dapat diambil kerana gigi dilitupi enamel, iaitu bahan yang paling keras dalam badan manusia. Gigi mempunyai kekuatan daya tekanan sehingga 13,000kg. Gigi juga boleh bertahan dalam suhu ekstrem, sehingga 1,600°C tau.
4. MENCARI BUKTI MENGENALPASTI MAYAT
Ahli forensik pergigian bersama pasukan lain seperti polis di dalam Disaster Victim Identification (DVI) team akan mencari bukti pergigian bagi mengenalpasti mayat. To give a name to an unrecognisable body. Penting supaya mereka boleh diberi penghormatan terakhir oleh keluarga masing-masing.
5. BUKTI KETERANGAN DI MAHKAMAH
Selain pengesahan mayat pakar forensik pergigian juga boleh mengenalpasti bentuk gigitan dalam kes-kes trauma kecederaan atau kematian. Mereka boleh mengagak umur mangsa, membantu dalam postmortem dan juga boleh memberi keterangan profesional di mahkamah. Very interesting speciality in dentistry!
6. REKOD SIMPANAN REKOD GIGI
Jadi apa peranan semua doktor gigi yang lain ye? Doktor-doktor gigi dalam sektor kerajaan atau swasta disarankan supaya sentiasa menyimpan rekod pesakit atau pelanggan (charting, radiographs, study model) secara lengkap dan terperinci. Dan sentiasa bersedia kongsikan kepada team DVI yang sah bila diperlukan.
7. APA PERANAN ORANG AWAM PULA?
Peranan kita sebagai ahli masyarakat? Rawatan pergigian berkala penting untuk kesihatan oral DAN REKOD anda. Sila maklumkan kepada keluarga & kenalan di mana klinik gigi yang anda lawati. Di sinilah “missing link” bagi team DVI mendapatkan rekod dari klinik. Jika ada maklumat, sampaikan pada saluran yg betul
Buat masa ini kami hanya menjumpai 7 Sebab Kenapa Doktor Gigi Dipanggil Dalam Nahas Jet Elmina. Jika anda ada maklumat terkini untuk dimasukkan dalam sebab ini, boleh hubungi kami ([email protected]) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye.
Sumber : Dr Ib Shah – X