13 Tempat Makan Best Arab Di Shah Alam, Selangor | Shah Alam adalah ibu negeri bagi Negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di sebelah barat Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Shah Alam adalah pusat pentadbiran untuk negeri Selangor dan juga ada pelbagai kemudahan yang anda boleh dapat kat sini.

Dekat sini, banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan apa di Shah Alam? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda cuba di Shah Alam yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan yang pelbagai, direka khas untuk puaskan selera anda.

 

1. RESTORAN AROMA HIJRAH – MAKANAN ARAB

Cari restoran makanan arab area Shah Alam yang sedap? Anda boleh datng ke restoran ini untuk cuba makanan arab. Restoran Aroma Hijrah adalah restoran yang sangat famous dengan makanan timur tengah. Mereka sediakan pelbagai jenis makanan timur tengah yang lazat dan rasa yang autentik. Jangan lupa singgah, kalau datang ke Shah Alam.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  012-564 4838.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aroma.hijrah/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/aromahijrahofficial/

 

2. AL-RAWSHA RESTAURANT – MAKANAN ARAB

Ini juga adalah salah satu restoran yang pernah viral suatu ketika dahulu di media sosial. Terkenal dengan makanan arab mereka yang sangat lazat dan menu yang pelbagai. Restoran mereka sangatlah bersih, selesa dan luas. Sesuai untuk korang bawa family atau kawan yang ramai, untuk makan kat sini. Harga pon okay dengan portion yang mereka sediakan.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 12 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  03-5524 3584.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Al-Rawsha-Restaurant-Shah-Alam-100063930916565/

 

3. RESTORAN ZAM ZAM – MAKANAN ARAB

Restoran Zam Zam ini juga adalah salah satu restoran yang popular juga dan orang Shah Alam juga selalu makan dekat sini. Terkenal dengan menu makanan arab yang sedap seperti humus, kebab daging, kebab ayam, shawarma, steak, lamb shank dan banyak lagi lah. Korang jangan lupa datang dan rasa.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 46, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 03-5512 3505.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Zamzam-arabic-food-GrandBall-Room-in-Shah-Alam-Main-Branch-100079704870913/

 

4. MOZER’S SHAH ALAM – MAKANAN ARAB

Mozer’s yang terletak di Shah Alam, adalah salah satu restoran yang menyediakan menu timur tengah dan makanan arab. Rasa makanan mereka dan susanan restoran mereka akan buat korang rasa seperti makan dekat sana. Harga yang berpatutan dan restoran yang luas dan bersih. Kemudahan seperti surau dan tandas po disediakan.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 03-0G-01DVIDA BUSINESS CENTRE, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  03-7734 1783.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mozersfood/

 

5. HADRAMAWT KITCHEN SHAH ALAM – MAKANAN ARAB

Di Hadramawt Kitchen, mereka berkomitmen untuk sediakan pengalaman makanan Yemen yang autentik kepada pelanggan. Menu mereka telah disempurnakan selama beberapa tahun dan termasuk masakan yang paling lazat yang Yemen tawarkan, disajikan dengan keramahan khas Yemen.

Banyak hidangan istimewa dari bandar-bandar seperti Hadramawt dan Sana’a telah menjadi menu tetap di seluruh Timur Tengah. Mereka gunakan hanya bahan-bahan terbaik, seperti potongan daging domba kelas tertinggi dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar harian.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor. Kedai ini mula operasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-1116 0307.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hadramawtkitchen/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hadramawt_kitchen/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best makanan arab di kawasan Shah Alam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply