13 Tempat Makan Best Arab Di Sungai Petani, Kedah | Sungai Petani (singkatan Sg. Petani atau “SP”) adalah sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Memang dekat sini kalau korang cari tempat makan yang best-best sangat banyak.

Bagi yang suka food hunting cari port makan yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik di Sungai Petani tapi tak tahu dekat mana? Berikut kami Khalifah Media Networks kongsi senarai 13 tempat makan best untuk anda cari makanan arab di Sungai Petani, Kedah.

1. RESTORAN SOFWAH ARABIC GRILL – TOP NASI ARAB SUNGAI PETANI – WESTERN

Restoran ini merupakan cawangan yang ke tiga, selepas Gurun dan Kuala Nerang. Ia bukan sahaja terkenal dengan hidangan nasi arab yang sedap, tetapi juga masakan western yang sangat padu. Sangat sesuai untuk seisi keluarga disebabkan menu pilihan yang pelbagai.

Harganya juga sangat berpatutan dengan portion makanan yang besar. Antara menu paling top di restoran Sofwah ini adalah Nasi Arab Mendy Mix, Aribiata Chicken Chop, Aribiata Mozarella Meatball dan Beef Daqooz. Boleh tengok gambar-gambar dan video influencer menu makanan yang menggiurkan.






@faramedynaa

Jom teman paah healing makan nasi arab sat. Patut la dapat sambutan ramai rupanya memang sedap nahh 👍🏻 Paah recommed hampa mai pekena nasi mendy kat sini

♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

Restoran Sofwah Arabic Grill ni terletak di alamat No 18 Pusat Perniagaan Perdana Amanjaya Sungai Petani Kedah. Kalau sesat boleh terus call no ni 011-5407 3076. Restoran makanan best di Sungai Petani ni dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 1030 malam.

FACEBOOK PAGE : FB Restoran Sofwah Arabic Grill – Top Nasi Arab in Sungai Petani

2. RESTORAN AL MANDY HADRAMAWT – MAKANAN ARAB

Nasi Arab paling sedap dekat Sungai Petani yang korang takkan dapat dekat tempat lain. Dahlah harga berpatutan, nasi dia banyak pulak. Memang patut korang datang cuba. Penduduk SP akan recommend kedai ni kepada orang luar kalau mereka nak cari kedai makanan arab yang sedap. Memang puas hati, order set boleh makan sampai 5 orang.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di No. 1, Ground Floor, Jalan Seroja 3/2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.Waktu operasi pada setiap hari  pada jam 11 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel:  04-441 1385.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/almandyhadramawt/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/almandyhadramawt_sp/

 

3. AL AZZIM NASI ARAB – MAKANAN ARAB

Korang nak cuba port makanan arab yang lain pulak? Boleh datang ke sini, rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review dan komen yang memuaskan. Restoran ni juga dapat rating yang tinggi di Google. Terdapat banyak menu yang mereka sediakan seperti nasi mandy ayam, daging, kambing, kebab ayam dan daging, manisan arab, kunafa, shawarma dan banyak lagi lah.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di  245, Jalan Legenda 9, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-471 3630.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasiarabalazzim/

 

4. HAYYAN GARDEN CAFE – MAKANAN ARAB

Hayyahn Garden Cafe ni adalah salah satu port makanan arab dan western yang boleh tahan viral dan popular di sungai petani. Restoran mereka sentiasa penuh dengan pelanggan tak kira waktu. Korang kalau nak datang ke sini lebih baik booking dulu kalau taknak tunggu lama. Restoran mereka sangat cantik dan konsep aesthetics.

Boleh datang cuba dengan famiy kalau korang nak try makan makanan arab atau craving nak makan makanan arab. Pasti dijamin akan puas hati dengan layanan yang mereka beri.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 125, Jalan Melati 1/3B, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 12 pagi hingga 9.30 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-483 4442.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hayyangarden_sungaipetani/

 

5. AL HAURA ARABIC KOPITIAM – MAKANAN ARAB

Ini juga salah satu restoran yang agak popular dan pernah viral di Tiktok akan kesedapan dan harga makanan mereka yang murah. Antara yang korang boleh dapat dekat sini ialah nasi kabsah, nasi mandy, shawarma, kebab dan banyak lagi. Restoran pon selesa  dan banyak tempat duduk. Korang tak perlu riau, just datang je.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 32, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-740 0419.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@alhauraarabickopitiam

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/alhaurabayanlepas/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/alhauraarabickopitiam/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Sungai Petani ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply