13 Tempat Makan Best Sarapan Di Cyberjaya | Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat dan memiliki banyak perusahaan teknologi, perguruan tinggi, dan fasilitas infrastruktur modern. Bandar ini juga dikenal sebagai pusat untuk industri IT, teknologi, dan perusahaan-perusahaan yang terlibat dalam berbagai aspek teknologi informasi.
Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Cyberjaya? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Cyberjaya, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.
1. SANTAPAN CAFE – SARAPAN
Santapan Cafe menyediakan menu-menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Antara yang terdapat di sini ialah Nasi Lemak Berlauk, Souper Soto, Roti Titab, Lontong, Pulut Daging Rendang, Roti Canai Sarang Burung, dan lain-lain. Cafe ini mengekalkan resepi asli turun-temurun. Kalau korang datang ke sini korang akan dapat rasa masakan air tangan dari mak-mak, makcik-makcik, orang lama kita dahulu. Menjadi pilihan port sarapan santai kegemaran pelanggan di kawasan Cyberjaya.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 4811-0-47 & 48, CBD PERDANA, 2, Persiaran Flora, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 018-973 2495 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100076503376697
2. KEDAI KOPI SUDIN – SARAPAN
Kedai Kopi Sudin ini merupakan port breakfast yang sangat terkenal di Cyberjaya. Ramai pengunjung tak kira dari dalam Cyberjaya mahupun luar sering datang ke sini untuk cuba menu sarapan mereka. Menu yang disajikan cuba banyak dan sedap-sedap belaka.
Antara menu yang popular ialah lontong, mi kari, nasi dagang dan roti tatib. Makanan di sini disediakan oleh gerai-gerai yang lain. Kopi panas mereka yang pekat, authentic hanya RM2.50. Roti titab juga merupakan menu mereka yang popular di sini. Roti titab yang crispy dan lembut digandingkan dengan butter, kaya dan telur rebus.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di D2-1 Block D, Jalan Radius 1/1B, Radius Business Park , 63000, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-797 1405 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaikopisudin/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopisudin/
3. RESTORAN NASI KUKUS FAMOSA – SARAPAN
Restoran Nasi Kukus Famosa sangat highly recommended untuk yang nak cari menu breakfast masakan Melayu. Antara menu yang ramai pengunjung suka ialah Lauk Untuk Nasi Kukus Kerabu Dagang, Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Kukus Kerutup Ayam Kampung, Nasi Lemak Sambal Sotong, Laksam, Nasi Ayam Kerutuk, Nasi Kerabu Kambing Bakar, Nasi Campur, Mee Goreng Berhidang, Nasi Kerabu Ayam Masak Ketub, Kuih Muih dan Ikan Goreng Celup. Sangat meriah dengan makanan restoran semua ada di sini, korang tinggal pilih je nak makan yang mana. Sesuai untuk bawa keluarga dan kawan-kawan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 4807-0-15 CBD Perdana, Persiaran Flora, 2, Jln Perdana, Cyber 12, 63200 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-206 5120.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasikukus_famosa/
4. PUFFY BUFFY CYBERJAYA – SARAPAN
Puffy Buffy, nampak macam fusion cafe kan? Sebenarnya tak pon! Restoran ini menyajikan masakan local dan juga hidangan western. Di sini terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti banyak meja dan tempat duduk, terdapat aircond selesa untuk anda berkumpul atau buat event. Menu yang bestseller dekat sini ialah roti canai banjir, nasi lemak telur mata, roti bakar, lontong, mee kari dan banyak lagi.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 8 pagi sehingga 9 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-8322 6637.