13 Tempat Makan Best Sarapan di Tumpat, Kelantan | Tumpat adalah sebuah bandar yang selalu menjadi tumpuan pengunjung untuk datang ke sini. Dekat sini, terdapat banyak aktiviti yang boleh korang lakukan. Selain itu, di sini juga terdapat banyak juga port-port makan yang best yang boleh korang singgah dan cuba. Semua port-port viral ni pasti akan buat korang jatuh hati dengan kedai makan diorang.
Sementara berehat di Tumpat sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Tumpat? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Tumpat yang anda harus cuba.
1. KAK CHIK NASI BERLAUK – SARAPAN
Kedai Kak Chik Nasi Berlauk ni adalah salah satu kedai sarapan pagi dan makan tengah hari yang sangat popular dekat Tumpat. Rata-rata orang luar kalau mereka datang ke Tumpat pasti akan singgah ke sini. Dekat sini, mereka sediakan menu seperti nasi putih, aneka lauk-pauk yang panas-panas dan sedap.
Selain nasi berlauk, mereka ada juga sediakan menu lain seperti roti canai, aneka kuih-muih, akok, nasi dagang, nasi kerabu dan banyak lagi. Korang kalau datang ke Tumpat jangan lupa singgah kat sini tau..
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Hujung, Kampung Berangan, 16210 Tumpat, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 9 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1781 2187.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nasiberlaukkakchik/?locale=ms_MY
2. KOPITIAM GALOQ – SARAPAN
Kopitiam Galoq ni adalah kedai sarapan yang viral dekat media sosial di Tumpat ni. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review yang memuaskan dan mereka recommend kedai ni dekat orang lain. Harga makanan dekat sini murah dan berbaloi dengan portion yang mereka berikan.
Antara menu bestseller kat sini ialah roti galoq, roti titab, roti telur leleh dengan kaya, roti bakar, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan banyak lagi. Semua makanan diorang sedap-sedap belaka dan korang wajib datang cuba.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Baru, 16210 Tumpat, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 2.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-950 1269.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopitiamgaloqkb/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kopitiam-Galoq-100037234399994/
3. KEDAI KOPI POK HOK – SARAPAN
Peminat kopi o atau pencinta kopi ini adalah port sarapan pagi terbaik untuk anda kunjungi. Kalau datang ke Tumpat tu, jangan lupa singgah sarapan ke sini untuk rasa diorang punya kopi dan nasi berlauk mereka. Pasti korang akan repeat lagi. Harga pon murah je dan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan tu. Parking pon senang cari dan kawasan kedai diorang luas dan sangat selesa.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Unnamed Rd, 16210, 16210 Tumpat, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-962 4886.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Tumpat ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !