13 Tempat Makan Malam Best di Kudat, Sabah | Khalifah Media Networks – Kudat adalah sebuah daerah yang berada di kawasan utara Sabah. Daerah ini amatlah popular dengan keindahan alamnya seperti pantai yang menakjubkan, pulau pulau serta kepelbagaian budaya dan tradisi. Oleh kerana itu, Kudat ini juga mempunyai tempat makan malam yang menarik untuk dikunjungi.

Anda lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Kudat, Sabah ini

 

1. KAFE ABANG J KUDAT – MAKAN MALAM

Anda craving makan malam yang mengiurkan? Persoalan anda itu terjawab di Kafe Abang J Kudat ini. Kafe Abang ini adalah sebuah restoran yang agak popular dalam kalangan penduduk setempat. Dikatakan dekat sini, terdapat banyak jenis hidangan antaranya  ialah Seafood. Dahlah segar, juicy, lembut dan harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Memang tak rugi kunjung ke sini. Tak percaya? Boleh cuba rasai pengalamannya sendiri.

Lokasi ini di Tapak Bangunan Restoran Esplanad, BGN 0087, Esplanad Sidek, 89057 Kudat, Sabah dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 2:30 petang dan dibuka semula pada 4:30 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-3788733.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KafeAbangJkudat/

 

2. MEDAN STAR KUDAT – MAKAN MALAM

Anda tercari-cari makan malam dengan harga yang murah? Anda boleh singgah di Medan Star Kudat ini. Medan Star Kudat adalah salah satu port terbaik dalam menyediakan makanan yang pelbagai dengan harga berpatutan. Bukan setakat harga berpatutan tetapi hidangan cukup lazat hingga membuatkan anda terngiang ngiang. Honey BBQ Chicken adalah antara menu yang anda patut cuba! Pasti anda akan berpuas punya lah. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi Medan Star Kudat ini Jln Datu, 89050 Kudat, Sabah dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 12 tengah malam. 

 

3. BARAKAH RESTAURANT & CATERING – MAKAN MALAM

Craving makan makanan Local tapi tak tahu dekat mana yang best? Barakah Restaurant & Catering adalah salah satu restoran yang patut anda cuba singgah. Dekat sini, mereka menyediakan banyak hidangan tempatan dengan keaslian rasa. Dikatakan bau aromanya sudah cukup membuatkan anda jatuh cinta dan menambah nambah punya lah. Antara menu yang boleh dicuba ialah Roti Telur, Lamb Biryani Rice, Nasi Arab, Rendang Ayam dan banyak lagi. Sememangnya terbaik!

Lokasi ini di Lot 7 – 8 groundfloor, Jln Lintas, Plaza mutiara, 89057 Kudat, Sabah dan dibuka setiap hari 24 jam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-9608006.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kudat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kudat ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply