13 Tempat Makan Malam Best di Sungai Buloh, Selangor | Sungai Buloh adalah sebuah bandar yang berada di negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar ini amatlah popular sebagai tempat percutian yang menarik. Oleh kerana itu, banyak tempat makan yang menarik dibuka disini.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Sungai Buloh, Selangor ini.

 

1. WARUNG CHE BUNGA – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan masakan Kelantan atau Thai tapi korang berada dekat Selangor? Korang boleh cuba di Warung Che Bunga. Warung Che Bunga adalah sebuah restoran yang cukup popular dengan masakan Kelantan dan Thai yang padu.  Pelbagai menu yang korang boleh dapatkan seperti Nasi Che Bunga, Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Daging Kerutuk dan banyak lagi. Korang pasti puas hati punya lah. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di jalan kampung melayu sungai buloh medan selera, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3402274.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungchebunga/

 

2. A&J GRILL WESTERN, SUNGAI BULOH – MAKAN MALAM

Dah jemu makan makanan Local dan craving nak makan makanan Western? Korang boleh ke A&J Grill Western ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak hidangan Western sangat lazat. Antara menu yang korang boleh dapatkan ialah Talam Western, Mix Grill, Chicken Chop dan banyak lagi. Harga sangat berpatutan, portion pun besar. Memang puaslah makan. Rugi tau, korang tak cuba.

Lokasi ini di 5, Jalan Dataran Villa Putra 1, Taman Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-2880863.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/anjburger/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/anjgrillwestern/

 

3. TREE STEAK HOUSE SG BULOH – MAKAN MALAM

Tiba-tiba terasa nak makan Western, korang boleh makan disini. Kalau korang nak tahu, Tree Steak House Sg Buloh adalah salah satu restoran Western yang ada di Sungai Buloh ini. Dekat sini, terdapat banyak jenis pilihan yang korang boleh cuba. Apa yang menariknya korang tak perlu tunggu lama tau. Makanan pun dihidangkan secara panas-panas memang best lah. Jadi, kalau korang ada dekat sini boleh lah cuba singgah. Memang berbaloi.

Lokasi ini di Lot 3028, Jalan Kuala Selangor, Kampung Paya Jaras, 47000 Sungai Buloh, Selangor dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-3436550.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Petaling ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sungai Buloh ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply