13 Tempat Makan Malam di Hulu Langat, Selangor | Hulu Langat adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Langat. Bandar ini amatlah popular dengan durian dan juga sebagai tempat percutian semula jadi. Bukan setakat itu sahaja, bandar disini juga banyak tempat makan malam yang menarik.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Hulu Langat, Selangor ini.

 

1. CHICKEN CHOP RM5  HULU LANGAT – MAKAN MALAM

Korang lapar makan makanan Western tapi tak banyak duit? Korang boleh ke Chicken Chop RM5 ini. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan Western yang korang boleh dapatkan. Antaranya Chicken Chop, Lamb Chop, Meat Ball, Nasi Goreng Chicken Chop dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah kerana harga yang ditawarkan sangat lah murah dan portion juga sangat lah besar. Memang berbaloi orang kata. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi ini di Exit B52, Kampung Rantau Panjang, 43100 Hulu Langat, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 5:30 petang hingga 11.30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-2584087.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chickenchoprm5hululangat/

 

2. RESTORAN TERRA PONG  BATU 18 – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang cantik? Restoran Terra Pong Batu 18 adalah jawapannya. Apa yang menarik disini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis hidangan seperti masakan Thai dan masakan tempatan. Makanan disini sangatlah berperisa dan pasti akan buatkan korang repeat punya. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Butter Fried Prawns, Siakap 3 Rasa, Tomyam Seafood, Telus Bistik, Kerabu Mangga dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dengan saiz portion. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Memang tenang.

Lokasi Terra Pong ini di Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-8946454.

BUSINESS PAGE: https://terrapong.my/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/terrapongrestaurant/

 

3. SATE MISMAN – MAKAN MALAM

Korang nak makan Sate tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Sate Misman. Sate Misman ini adalah salah satu restoran melayu yang terbaik yang ada di Batu 18 Hulu Langat ini.  Dekat sini, terdapat banyak makanan yang korang boleh pilih seperti Satay.Dikatakan Satay disini sangatlah juicy, besar dan lembut untuk dimakan. Harga pun cukup murah. Perkhidmatan disini pun terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Datang jangan tak datang.

Lokasi Sate Misman ini di Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor dan dibuka setiap hari pada 6 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-3177139. 

 

4. IKAN BAKAR SRI NIKAT – MAKAN MALAM

Korang craving Ikan Bakar tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Ikan Bakar Sri Nikat. Kalau korang nak tahu Ikan Bakar Sri Nikat adalah sebuah restoran yang popular dengan hidangan makanan laut tambah tambah lagi Ikan Bakar. Memang terbaiklah orang kata. Dahlah segar, juicy pula tu. Antara menu yang disyorkan disini ialah Ikan Bakar Patin, Tilapia Belada, Talapia Bakar dan Talapia Berlado. Apa yang menarik lagi, korang boleh makan sambil menikmati pemandangan tasik disini.

Lokasi restoran ini di Kampung Gemi, 43100 Hulu Langat, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5206036.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Hulu Langat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Hulu Langat ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply