13 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Harus Anda Lawati | Cameron Highlands terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik ekoran daya tarikan utamanya iaitu cuaca dan suhu yang sejuk, berpurata 17 hingga 23 darjah celsius. Suhu ini hanya ada di beberapa tempat sahaja di Malaysia ini buatkan Cameron Highland menjadi tarikan ramai.
Selain memetik strawberi dan melawat kebun sayur, banyak perubahan serta lokasi baharu diperkenalkan yang boleh dinikmati oleh semua. Jika anda solo – traveler, keluarga, leisure seeker, mahupun adventurous, tempat masih sesuai untuk anda. Pastikan korang bersedia dengan baju hujan ataupun payung apabila datang ke sini, lebih – lebih lagi pada musim hujan.
Di artikel ini akan kami kongsi senarai tempat – tempat menarik di Cameron Highland ini. Selain itu, banyak juga info – info menarik yang anda boleh lihat Di Sini.
1. Mossy Forest
Panorama di sini sememangnya magical dan penuh misteri dengan kabus serta pohon yang dibaluti lumut. Anda juga dapat merasai pendakian unik melalui platform yang disediakan dalam suasana nyaman dan sejuk. Anda juga dinasihat untuk ambil tour pakej kerana kenderaan persendirian tidak dibenarkan naik atas faktor keselamatan.
2. Cameron Adventurous ATV & Safari
Kalau anda jenis berjiwa muda dan mahukan kelainan, ini tempat yang sesuai. Pusing ladang teh menaiki ATV dan boleh tengok view dari sudut atas. Selain menaiki ATV, ada juga pilihan lain seperti 4×4 Safari, Air Swing, dan Safari Park dan buaian warna – warni yang buatkan anda terapung di udara!
3. Cameron Highland Flora Park
Lokasi baharu yang terkenal dengan spot – spot bergambar yang sangat berbaloi. Cameron Highlands Flora Park terbahagi kepada kawasan indoor serta outdoor dan kedua – dua kawasan ini sangat luas untuk anda terokai. Jangan risau, anda pasti akan berada di sini seharian jika suka bergambar!
4. Kem Sungai Pauh 
Akhir – akhir ini, konsep percutian secara berkhemah ataupun camping amat popular dan menjadi pilihan ramai. Kini, anda boleh merasai pengalaman camping dalam suasana nyaman serta sejuk secara semula jadi ala – ala percutian di luar negara.
5. Cameron Centrum Mall
Terserlah dengan konsep seni bina Tudor dari Zaman Pertengahan atau Medieval dari England, Cameron Centrum menjadi tempat viral yang wajib disinggah apabila datang ke Cameron Highlands. Spot bergambar yang banyak serta cuaca dan suhu yang sejuk buatkan orang ramai datang ke sini.
6. Ladang Teh Boh
Ladang Teh ini semestinya salah satu pemandangan paling ikonik di Cameron Highlands, menawarkan ladang teh yang terbentang luas. Selain jalan – jalan di ladang ini, anda juga boleh melawat kilang teh, membeli cenderamata di kedai di sini dan hirup teh sambil nikmati pemandangan ladang teh.
7. Kea Farm Market
Anda boleh melihat kehidupan warga tempatan di Pasar Ladang Kea (Kea Farm Market), salah satu pasar terbesar di Cameron Highlands. Pasar yang popular ini buka kebanyakannya pada waktu siang dan dikenali sebagai tempat terbaik untuk membeli sayur – sayuran segar, buah – buahan, bunga yang dijual oleh penjual tempatan dan petani.
8. Ladang Strawberi
9. Jim Thompson Tea Room, Cameron Highlands Resort
11. The Lakehouse
12. Pasar Malam Golden Hills
13. Time Tunnel Museum