13 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Anda Lawati | Pulau Pinang punyai banyak hasil dari segi kepelbagaian produk pelancongan. Produk itu seperti tempat yang menarik yang berada di persisiran pantai, bukit – bukit, pulau – pulau yang kecil disekeliling dan, kepelbagaian budaya dan makanan enak.

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ini, apa kata kalau anda beramai – ramai bercuti ke negeri Pulau Pinang.  Lokasi yang indah selalu menjadi tempat percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta banyak tarikan yang seronok dan menarik!

Selain itu, banyak tempat – tempat makan best yang akan menarik minat anda. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut, boleh klik Di Sini.

1. Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang bukanlah tempat yang kita boleh singgah sesuka hati. Mana taknya, kereta bertali arus dari kedua – dua arah hampir setiap masa. Tetapi pengalaman melalui jambatan terpanjang di Malaysia ini untuk masuk Pulau Pinang dari Seberang Prai pastinya akan membuat semua orang teruja.

2. Penang Street Art Trail

Penang Street Art ini sangat menarik untuk anda lawati kerana banyak lukisan mural yang sangat menarik dan cantik boleh dilihat secara percuma! Kebanyakan lukisan menggambarkan gaya hidup dan sejarah Pulau Pinang yang sangat berbaloi untuk kita swafoto. Pelukis mural ini sememangnya sangat berbakat.

3. Pantai Batu Ferringhi

Pantai ini terkenal dengan kebersihan dan kecantikan alam semulajadinya. Yang paling best tentang pantai ini ialah panorama sunset. Setelah itu, pasar malam pula dibuka di kawasan ini! Nikmatilah pemandangan matahari terbenam sambil makan – makan.

4. Taman Botani Pulau Pinang

Taman yang terkenal ini berada di Pulau Tikus, George Town. Ianya adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti santai bersama rakan atau keluarga. Kita boleh berjalan di sepanjang trek, piknik atau boleh juga jogging. Taman ini yang penuh dengan variasi tumbuhan berwarna – warni!

5. Bukit Bendera

Bukit Bendera adalah tempat yang sering menarik kedatangan para pengunjung. Banyak aktiviti-aktiviti santai yang boleh dikatakan bersuasanakan romantis yang ada di sini yang pasti akan menjadi satu memori indah buat anda. Anda juga boleh membeli hadiah – hadiah menarik untuk di bawa pulang.

6. Padang Kota

Antara tempat makan best di Penang ialah di Padang Kota. Makan sambil nikmati suasana dan angin bayu sangat menenangkan. Tambahan lagi, boleh bawa anak – anak untuk bermain di kawasan pejalan kaki. Tentu sejuk sahaja ditiup bayu laut apabila berjalan di sini.

7. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang terkenal sebagai lokasi yang orang ramai lawati. Lokasi ini punyai kawasan perlindungan penyu, Tasik Meromictic di mana air tawar dengan air masin tidak bercampur. Pantai ini sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti renang

8. Muzium Kaca i-Box

Jika anda sukakan sesuatu yang unik dan lain dari yang lain, pastikan anda singgah di IBox Glass Museum. Sangat berbaloi untuk kita luangkan masa di situ kerana ia adalah muzium kaca pertama di Malaysia yang punyai lukisan kaca paling panjang bermotifkan batik.

9. The TOP Komtar

Nikmati lebih banyak pengembaraan di Pulau Pinang dengan pemandangan terbaik Georgetown. Salah satu tempat yang anda boleh nikmati pemandangan malam pekan ini ialah dari atas. Berada di tingkat 68, Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat bahagian bawah dan di tepi jambatan.

10. The Dark Mansion

Lari dari cuaca panas di luar dan luangkan masa anda dengan melihat lukisan – lukisan yang berubah dari lukisan 2D kepada ilusi optik 3D yang hebat! Bergambarlah dengan orang tersayang di depan karya seni unik yang bercahaya. Lukisan yang bercahaya dalam gelap paling besar di dunia, sebuah karya agung oleh pakar ilusi 3D, Edgar Müller.

11. Pulau Jerejak

Bercutilah di pulau bersejarah yang menawan ini. Ianya cuma 10 minit dari Pulau Pinang dengan menaiki feri. Pulau yang indah ini ada banyak tempat bergambar yang cantik, termasuk jeti pelangi dan buaian romantik di pantai, ia juga terkenal kerana suasana sunset.

12. Teluk Duyung

Nikmati percutian pantai anda di salah satu pulau indah di Teluk Duyung. Tempat ini punyai banyak tumbuhan yang boleh anda lawati dengan anak – anak. Ia punyai lebih 500 jenis flora dan fauna, dan pulau menawan di mana anda boleh bercuti tanpa bersesak dengan orang ramai.

13.  Avatar Secret Garden

Alami dunia ajaib pada waktu malam di Avatar Secret Garden Penang. Terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini diubah menjadi lokasi fantasi yang menawan. Lokasi ini adalah salah satu tempat indah Pulau Pinang yang sesuai untuk bawa keluarga atau bersama rakan anda!

 

Diharapkan agar tempat – tempat menarik di Penang ini akan berikan anda idea untuk merancang dan membuat bajet sebelum mulakan perjalanan anda. Sekarang, anda boleh mula rancang perjalanan anda di Pulau Pinang bersama keluarga dan rakan.

Share.

Leave A Reply