13 Tempat Menarik Di Sarawak Yang Anda Harus Lawati | Sarawak terkenal dengan jolokan nama Bandaraya Perpaduan, tarikan pelancongan di Bandaraya Kuching pasti tidak akan mengecewakan anda dengan keunikannya yang tersendiri dan sesetengahnya adalah sukar untuk anda jumpai di Semenanjung Malaysia.
Anda ingin lari dari kehidupan di kota? Ingin mencari ketenangan dengan merasai keindahan alam semula jadi? Anda akan dapat merasakannya apabila menjejakkan kaki ke tanah Sarawak, sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang bertempat di kepulauan Borneo. Mari kita terokai 13 tempat menarik di Sarawak.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Kampung Budaya Sarawak
Setiap bangunan di sini punyai petugas dari setiap etnik yang berpakaian tradisional dan masing – masing menjalankan aktiviti tradisional untuk tatapan pengunjung. Pengunjung juga akan diterangkan oleh petugas tentang kehidupan harian setiap etnik dan aktiviti yang sedang berlaku di sekeliling.
2. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Program yang dibuat di sini adalah untuk memelihara populasi orang utan di Kepulauan Borneo dan telah beroperasi lebih 20 tahun. Orang utan ini akan dilatih oleh ranjer bertugas tentang cara hidup di hutan sebelum dilepaskan ke hutan belantara apabila mencapai umur yang matang.
3. Kalimantan View Point
Dari kaki bukit, anda perlu memandu menuju ke puncak yang menempatkan Borneo Highland Resort. Sebaik sampai di perkarangan Borneo Highland Resort ini, anda perlu menaiki tram yang disediakan untuk menuju ke lokasi yang sangat cantik dan damai, iaitu Kalimantan View Point ini.
4. Masjid Negeri Sarawak 
Masjid yang sangat besar ini adalah masjid negeri Sarawak yang perlu dijadikan kawasan lawatan dalam jadual percutian anda di Kuching. Warna yang berkubah biru dan berdinding putih ini sangat lapang serta mampu menampung jumlah jemaah hingga 10,000 orang pada satu masa.
5. Borneo Samariang Water Park
Tempat ini punyai gelongsor air yang tinggi, berliku – liku dan pasti meledakkan hormon adranelin anda. Antara water slides yang menarik dan mendebarkan adalah Sky Drop Rides, Family Raft Rides, 6 Lance Racer dan banyak lagi. Lokasinya berada di utara Bandaraya Kuching di dalam Bandar Baru Samariang dan hanya 30 minit memandu.
6. The Village House
Salah satu lokasi penginapan yang unik dan buatkan diri lebih terasa berada di kawasan desa adalah di The Village House. Seperti namanya, lokasi ini dalam kategori hotel 3 bintang ini adalah sebuah hotel yang punyai suasana perkampungan. Suasana sekelilingnya yang tenang dan damai dengan keunikan hutan belantaranya.
7. Kuching Waterfront
Sekiranya anda tinggal di hotel berdekatan seperti di Hotel Pullman Kuching, Harbour View Hotel atau di Tune Hotel Kuching, jangan lepas peluang untuk melawat lokasi santai yang sangat menarik ini. Kuching Waterfront sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat pemandangan indah Sungai Sarawak.
8. Rumah Terbalik Kuching
Destinasi ini mesti anda terjah lebih – lebih lagi kalau bercuti di Kuching bersama rakan atau bersama keluarga secara beramai – ramai. Destinasi ini menawarkan galeri yang miliki susun atur barangan dan perabot rumah yang kesemua dalam keadaan terbalik buatkan anda berasa anda berada di bumbung.
9. Damai Beach Resort Kuching
Damai Beach Resort punyai kolam mandi di tepi pantai sesuai untuk orang dewasa dan kanak – kanak bersuka ria di sini. Bilangan bilik penginapannya sangat banyak sekitar 242 unit, lokasi yang cantik di tepi pantai serta punyai kemudahan fasiliti yang baik, sesuai untuk acara besaran seperti seminar / family day.
10. Matang Family Park
Kebanyakan tarikan alam semulajadi di Kuching ini memang agak susah untuk diterokai dengan kenderaan. Bagi yang berkeluarga yang ingin ke tempat mandi manda di Kuching yang mudah diakses dan di kawasan seperti hutan lipur, Matang Family Park adalah kawasan yang disyorkan.
11. Permai Rainforest Resort
Kepulauan Borneo memang sangat terkenal dengan keindahan flora dan fauna. Resort menarik ini adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan eco – resort dan lokasi sangat strategik kerana berada di kaki bukit Gunung Santubong serta sangat dekat dengan Pantai Damai.
12. The Culvert
Penginapan di sini memang sangat unik kerana ruangan tidur tetamu adalah di dalam satu bilik yang berbentuk silinder. Terdapat 43 buah penginapan yang boleh anda pilih dan terdiri dari 2 jenis iaitu standard room dan suite room. Terdapat juga Underwater sound pool yang sangat cantik pasti berikan anda kepuasan mandi manda di kolam ini.
13. Masjid Darul Hana
Sekiranya anda sedang berlegar di sekitar Taman Orkid Kuching, apa kata singgah di Masjid Darul Hana ini yang punyai seni bina moden dan kawasan dalaman yang sangat unik. Kadang – kadang berada di ruangan ini buatkan anda seperti berada di sebuah dewan besar di hotel mewah.
Selain itu, pilihan penginapan menarik di Kuching yang berada pada lokasi tepi pantai juga agak banyak lagi – lagi sekitar Pantai Damai dan Pantai Puteri. 2 pantai ini adalah pantai tumpuan orang yang paling dekat dengan Bandaraya Kuching. Terdapat banyak penginapan di sepanjang pantai Lundu yang menarik. Semoga artikel ini dapat bantu anda untuk memilih tempat menarik untuk anda bersama keluarga. Jangan lupa untuk tempah penginapan dahulu sebelum datang ya!