13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Seberang Perai Pulau Pinang | Pulau Pinang sememangnya lokasi perlancongan jalan – jalan cari makan yang terkenal di Malaysia. Pulau Pinang yang digelar sebagai syurga makanan menawarkan makanan tepi jalan seperti nasi kandar, char kuey teow, cendol, ais kepal, dan banyak lagi.
Cari tempat menarik di Seberang Perai? Temukan pesona Penang Bird Park, Arulmigu Karumariamman Temple, dan tempat menarik lainnya! Tatkala rutin harian semakin bosan, timbul keinginan untuk menjelajahi dan temukan tempat – tempat baru yang menarik. Tetapi seringkali, kita tidak tahu harus mulai dari mana. Di sini kami senarai 13 tempat menarik di Bayan Lepas untuk anda semua.
1. Taman Burung Pulau Pinang
Taman Burung Pulau Pinang menempatkan 300 spesis burung yang berlainan dalam kurungan besar yang menyerupai habitat semula jadi burung – burung ini. Selain burung, ada juga binatang lain seperti kancil, ikan, ular sawa, buaya dan kura – kura.
2. Hutan Lipur Bukit Panchor
Hutan lipur ini terkenal dengan gua kelawar di mana anda boleh masuuk ke dalam untuk melihat keindahan guanya dan jika bernasib baik, anda akan dapat melihat kelawar yang bergantungan di dinding gua. Selain kelawar, anda juga boleh melihat burung – burung yang banyak di sini.
3. Pulau Aman
Pulau Aman adalah satu lagi tempat menarik di Seberang Perai yang ingin kami cadangkan kepada anda. Apa yang menarik, tempat perlancongan ini tidak terlalu sesak dengan pengunjung seperti tempat menarik di Seberang Perai yang lain. Jadi anda akan lebih relax dan santai di sini, sesuai dengan namanya.
4. Kelip-Kelip Sungai Kerian
Tempat menarik di Seberang Perai yang akan wajib anda pergi ialah Kelip-kelip Sungai Kerian. Ini adalah di antara aktiviti menarik dan unik yang pastinya buatkan percutian anda lebih menarik. Di sini bukan sahaja anda boleh melihat kelip – kelip, malah pemandangan matahari terbenamnya juga sangat memukau.
5. Jeruk madu Pak Ali
Jeruk madu Pak Ali sememangnya terkenal, tak perlu diprkenalkan lagi. Ianya bukan sahaja terkenal disebabkan oleh rasanya yang sedap, malah ia juga menggunakan gula pasir bermutu tinggi. Oleh itu, kalau anda sampai ke Seberang Perai, jangan lupa untuk singgah ke jeruk madu Pak Ali. Bolehlah anda beli jeruk untuk dijadikan sebagai cenderamata.
6. Kilang gamat Seberang Pera
Teringin nak tengok proses penghasilan produk gamat seperti minyak gamat, air gamat, balm dan krim gamat? Tempat menarik di Seberang Perai ini ialah kilang gamat di mana anda boleh melihat proses membuat produk gamat dan membeli dengan harga yang murah.
7. Pemprosesan belacan di kampung nelayan
Anda pernah tengok cara membuat belacan? Kalau belum, apa kata anda ambil peluang untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan di Kampung Nelayan Bukit Aman. Di sini anda akan melihat proses membuat belacan dari mula hingga terhasilnya seketul belacan yang enak.
8. Empangan Mengkuang
Tempat menarik di Seberang Perai yang lain ialah Empangan Mengkuang. Anda boleh datang ke sini untuk melihat keindahan empangan buatan manusia yang luas, saujana mata memandang. Ia dibuka kepada orang awam setiap hari hingga pukul 7 petang.
9. Taman Tunku
Dah puas jalan – jalan dan makan, apa kata anda singgah di Taman Tunku untuk bersantai sambil mengambil angin petang. Di sini ada juga taman permainan dan juga trek berjoging jika anda nak bakar semula semua kalori berlebihan yang masuk ke badan anda sepanjang bercuti di Seberang Perai.
10. Arulmigu Karumariamman Temple
Langit-langit yang dihiasi dengan seni ukir yang memukau, patung – patung dewa yang megah, dan suasana spiritual yang mendalam. Itulah yang akan korang temukan di Arulmigu Karumariamman Temple, kuil Hindu yang indah dan penuh makna. Jangan lupa untuk mengenakan pakaian yang sopan saat berkunjung.
11. Taman Sembilang
Tak perlu jauh – jauh untuk menemukan kedamaian alam. Taman Sembilang Taman Rekreasi Awam adalah Taman yang berada di tengah – tengah hiruk – pikuk kota. Tempat ini sesuai untuk jalan – jalan santai, berolah raga, atau sekadar duduk dan nikmati udara segar.
12. Juru Auto City
Bagi pecinta belanja dan hiburan, Juru Auto City adalah tempat menarik di Seberang Perai yang tak boleh dilewatkan. Di sini, korang akan menemukan pusat perbelanjaan, restoran, dan hiburan yang menyenangkan. Jadi, siapkan diri untuk berbelanja dan bersantai sepuas hati anda.
13. Square @ Casia
Tempat yang menyeronokkan di Seberang Perai untuk meluangkan masa bersama keluarga pada waktu petang. Di sini, pengunjung akan menemukan beberapa spot menarik untuk bergambar, poster gambar gergasi menarik, bangku, taman permainan untuk kanak – kanak dan kawasan lapang untuk berehat.
Mengeksplorasi keindahan alam, keagungan seni bina, semua ada di sini. Nah, sudah kah korang siap untuk menjelajahi pesona Seberang Perai? Dapatkan pengalaman tak terlupakan dan kenangan indah yang akan terus dikenang. Jangan lupa untuk tempah penginapan anda terlebih dahulu di Booking.com. Selamat Bercuti!