13 Tempat Menarik Di Selangor Yang Anda Harus Lawati | Selangor Darul Ehsan adalah negeri yang berada di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, jadikan ia kaya dengan banyak pusat pelancongan yang menarik untuk orang ramai.
Sempena cuti sekolah ini, banyak tempat menarik yang anda boleh lawati bersama anak – anak. Nak tahu apa yang istimewanya di negeri ini?
Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Selangor ini, mungkin ada tempat – tempat yang menarik hati anda?
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Farm In The City
Sukakan haiwan yang comel? Apa kata kalau anda membawa anak – anak ke Farm in the City. Mereka pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam zoo ini.Bukan setakat bermain dengan mereka, anda juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan – haiwan ini makan.
2. Riverine Splash @ Amverton Cove
Ianya adalah taman tema air terkini yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti serta bertemakan kebudayaan orang asli Mah Meri. Riverine Splash turut menyediakan kemudahan lengkap seperti surau, tandas, tempat persalinan, laci simpanan dan kaunter sewaan pelampung. Jangan khuatir dengan aspek keselamatan kerana taman tema ini lengkap dengan bilik rawatan.
3. Uptown Shah Alam
Mesti ada yang tertanya – tanya, apa yang ada kat sini? Jawapannya, macam – macam ada! Dari handbag, jersey, kasut sneakers, jam, mainan – mainan seperti kereta Hot Wheels, robot, kedai pengumpul duit lama hingga kedai jualan barangan kereta. Memang tak terkelip biji mata tengok barang – barang di Uptown Shah Alam ni.
4. Sawah Padi Sekinchan
Sawah Padi Sekinchan adalah salah satu lokasi yang boleh anda teroka bersama keluarga jika ingin mencuci mata melihat pemandangan yang luas dan juga untuk bergambar dengan sepuas hati. Waktu yang terbaik untuk melihat suasana di kawasan sawah ini adalah sekitar bulan April atau November ketika padi sudah mula menguning.
5. Mines Wellness City
Pada asalnya, tapak Mines Wellness City ini ialah tempat pelombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Kini, ia dibangunkan dengan banyak tarikan menarik seperti hotel, pusat membeli – belah, padang golf, pusat konvensyen dan Waterfront Business Park. Anda pasti teruja melihat reka bentuk yang sangat menakjubkan.
6. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Selepas Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini adalah masjid yang kedua yang terbesar di Asia Tenggara. Pada awal pembinaan masjid yang berkubah biru ini, jam antik yang telah berusia 600 tahun dan 4 buah lampu chandelier yang diberi oleh Sultan Selangor.
7. SnoWalk I – City
SnoWalk i – City yang berada di Shah Alam ini ialah sajli indoor yang pertama di Malaysia. Suhu di dalam SnoWalk ini dikawal untuk sentiasa berada di bawah 5 darjah celsius. Lapisan salji ketebalan 100 mm di lantai, kalau terasa cuaca di luar terlalu panas, datang je ke sini, kalah penyejuk udara di rumah.
8. Kepong Metropolitan Park
Taman Metropolitan Kepong ini terkenal dalam kalangan orang Malaysia dengan aktiviti bermain layang – layang dan juga berjogging. Kalau anda datang pada hujung minggu, anda dapat melihat banyak jenis layang – layang dari yang kecil hingga yang bersaiz besar hingga 30 kaki dalam variasi jenis warna.
9. Gua Damai Xtreme Park
Bertempat di bahagian utara Batu Caves, Gua Damai Xtreme Park adalah lokasi pilihan bagi ramai peminat aktiviti lasak memanjat dinding ataupun wall climbing. Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu yang aktiviti memanjat dinding di sini agak mencabar jadi berhati – hati semasa aktiviti berlaku.
10. IceScape Ice Rink
IceScape Ice Rink yang berada di IOI City Mall ini adalah satu – satunya gelanggang ais yang terbesar dan bersaiz Olimpik di Malaysia. Tak payah nak keluar negara, datang sahaja ke sini. Kalau anda tak pernah berice – skating, anda boleh menggunakan patung penguin yang diberi oleh pihak IceScape sebagai tempat berpaut.
11. Jump Street Asia 
Jump Street Asia ini berada bersebelahan sahaja dengan JayaOne Mall. Untuk pengetahuan anda, trampoline park ini adalah yang terbesar di Asia, ya, di ASIA. Bukan sahaja seronok untuk kanak – kanak, orang dewasa pun berseronok mengalahkan budak – budak kalau dah mula lompat – lompat di trampoline di sini.
12. Sky Mirror
Sky Mirror adalah salah satu tempat yang wajib anda lawati. Fenomena yang diberi nama Sky Mirror ataupun ‘Salar de Uyuni’ adalah sebuah kejadian semula jadi yang berlaku sewaktu air pantai surut yang mana airnya memancarkan pemandangan langit dengan jelas ibarat sebuah cermin.
13. Hutan Lipur Sungai Congkak
Hutan Lipur Sungai Congkak adalah sebuah tarikan hutan rimba yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga. Apa kata kalau dah sampai di sini nanti anda masak bbq dan nikmati makanan sambil berehat di atas hammock yang dibawa? Satu pengalaman yang cukup indah.
Kalau anda rancang mahu bercuti di sini selama beberapa hari, anda boleh layari booking.com untuk mendapatkan penginapan yang best dengan harga yang sangat berpatutan. Oleh itu, harap artikel ini membantu anda dalam membuat perancangan percutian yang menyeronokkan bersama keluarga. Selamat bercuti – cuti Malaysia di Selangor!