13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kangar Perlis | Kangar adalah sebuah bandar kecil yang berada di negeri terkecil di Malaysia, Perlis. Walaupun saiznya yang kecil, Kangar miliki banyak tempat menarik yang pasti akan memukau hati korang. Di negeri Perlis inilah berada di ladang – ladang mangga Harum Manis yang adalah mangga yang boleh disebut antara paling sedap.

Jangan pandang sebelah mata negeri yang terkecil di Malaysia ni, namanya, Perlis Indera Kayangan, sudah cukup mencerminkan walau ianya kecil, patut diberi respek sebab punya lah banyak tarikan yang ditawarkannya, unik – unik pula tu. Di sini kami kongsi 13 tempat -tempat menarik di Kangar untuk anda semua.

Selain itu, jika anda ingin melihat tempat – tempat menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Taman Rekreasi Tasik Melati

Tasik Melati adalah sebuah tasik kecil yang miliki lebih dari 150 buah pulau beting pasir. Jambatan disediakan merentasi tasik ini untuk memberi ruang kepada pelawat nikmati pemandangan indah tasik yang miliki latar belakang hijau pohon dan gunung – ganang ini.

2. Gua Kelam

Gua Kelam adalah salah satu dari gua yang unik di Malaysia dengan kepanjangan gua batu kapur sekitar 370 meter. Jambatan kayu yang berkelebaran 8 kaki adalah satu – satunya jalan yang anda boleh lalui untuk nikmati pemandangan di dalam Gua Kelam. Bunyi air yang menitis dari stalaktit akan menemani anda sepanjang perjalanan.

3. Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat

Bagi anda yang sukakan aktiviti outdoor dan beriadah bersama keluarga, datang lah ke Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat yang berada di Kangar, Perlis. Dilengkapi dengan tempat mandi sungai, pengunjung juga boleh membuat aktiviti seperti hiking dan juga berkemah di sini.

4. Hutan Lipur Bukit Ayer

Di hutan lipur ini punyai sungai yang sesuai untuk menjadi lokasi berkelah dan bersantai bersama keluarga. Lagi syok kalau anda berbbq di sini, tapak perkhemahan yang disediakan di hutan lipur ini juga lengkap dengan kemudahan memasak. Apa lagi, rancang hari keluarga di sini pun best juga.

5. Bukit Keteri

Terletak 30 minit dari Kangar, Bukit Keteri adalah lokasi rock climbing yang terkenal di Asia. Memiliki banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak, tapi tidak bermakna ianya mudah didaki, Bukit Keteri ini sebenarnya salah satu dari laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.

6. Taman Herba Perlis

Taman Herba Perlis yang berkeluasan 12 hektar ini berada dekat dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular dan Reptilia. Anda bukan sahaja dapat melihat dan menyentuh tumbuhan ini tapi boleh juga mengambil peluang untuk merasa tumbuh -tumbuhan berkhasiat ini asalkan tak merosakkan pokok.

7. Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh ini bukan lah sekadar tasik biasa, iainya sebuah tasik yang sangat indah, hingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya yang tidak terkata.  Di sekitar tasik ini anda dapat melihat dusun buah – buahan yang subur seperti buah durian, rambutan, mangga dan durian Belanda tau.

8. Taman Rekreasi Bukit Jernih

Taman Rekreasi Bukit Jernih menjadi tarikan orang tempatan lebih lebih lagi pada hujung minggu untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga sambil nikmati keindahan alam semula jadi dan bunyi air yang mengalir tenang. Lanskap indah yang ditawarkan taman rekreasi ini jadikan ia kawasan kegemaran ramai orang yang ingin beriadah dan membuat aktiviti perkhemahan.

9. Kampung Ujung Bukit

Jangan lepas peluang untuk lakukan banyak aktiviti untuk pengalaman tinggal di desa yang sebenar. Anda dan keluarga boleh cuba bercucuk tanam di sawah padi dan menoreh getah. Pasti seronok dapat buat sesuatu yang baru, banyak juga yang dapat dipelajari dari aktiviti seperti ini yang menjadi pengalaman berharga buat anak – anak kecil.

10. Masjid Alwi

Masjid Alwi yang siap dibina pada tahun 1933 dengan kos hanya RM64,484 pada zaman itu, telah diisytiharkan sebagai Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Konsep rekaan masjid ini adalah Mughal klasik lebih – lebih lagi pada kubah masjid ini. Masjid Alwi diberi nama sempena nama Raja Muda Perlis pada ketika itu, Raja Syed Alwi.

11. Taman Ular & Reptilia Perlis

Sudahlah tiket masuk murah, banyak pula tu spesies ular yang ada di sini. Lebih dari 150 ekor ular yang terdiri dari 34 spesies yang ada di sini. Menakutkan tapi dalam masa yang sama satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan bila dapat dekati haiwan berbisa ini.

12. Taman Rekreasi Tasik Melati

Taman yang indah ini dikelilingi oleh tasik yang cantik, di mana korang boleh nikmati pemandangan yang tenang sambil jalan – jalan atau bersantai di tepi tasik. Korang juga boleh menaiki bot pedal yang disedia di taman ini atau menyewa basikal untuk mengelilingi taman.

13. Taman Bunga Kertas

Di mana lagi lokasi yang lebih menarik untuk bergambar selain dari berlatar belakangkan bunga – bungaan mekar penuh warna – warni? Kalau anda tercari – cari di mana nak ambil gambar bersama keluarga yang boleh diframekan, apa kata kalau ke Taman Bunga Kertas Tuanku Laitlatul Shahreen.

 

Bagi yang sudah puas nikmati kehidupan di bandar, suasana desa dapat mengembalikan kewarasan fikiran yang telah terlalu ‘dihantui’ kesibukan di kota. Dah puas bercuti di Perlis, naik pula feri dari Kuala Perlis untuk ke Langkawi, percutian dua dalam satu gitu.

Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Kangar, Perlis dengan membawa masuk semua tempat menarik di Kangar ini dalam list anda!

Share.

Leave A Reply