13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kota Kinabalu Sabah | Kota Kinabalu adalah salah satu lokasi Cuti-Cuti Malaysia kegemaran orang ramai dan kami akan yakin kan anda kenapa tempat ini berada di tempat teratas dalam senarai kami. Kota Kinabalu ada banyak sekali lokasi menjamu selera, pemandangan yang cantik dan aktiviti menarik yang ada.
Apa yang anda bayang kan kalau sebut sahaja Kota Kinabalu? Dari tarikan Kampung Budaya Mari-Mari yang menjadi pusat barang entik di Sabah hingga lah kepada tarikan yang dapat memacu adrenalin anda di Zip Borneo. Mesti perkara pertama yang tergambar di fikiran adalah Gunung Kinabalu bukan?
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Tuaran Crocodile Farm
Tuaran Crocodile Farm menempatkan lebih dari 1,000 ekor buaya di dalam sebuah ladang yang berkeluasan 7 ekar. Lawatan ke tarikan ini dapat membuka mata anda tentang semua perkara baru berkaitan penangkapan buaya dan pembiakan mereka. Selain dapat mengetahui banyak info menarik, anda juga boleh melihat pertunjukan buaya yang cukup mendebarkan.
2. Kokol Hill Elf
Masih tak miliki peluang untuk ke Bali tapi ingin bergambar seolah – olah berada di tarikan terkenal di kepulauan Indonesia ini (Bali Swing)? Jangan risau, keinginan anda sedikit sebanyak terubat sebab di Kota Kinabalu ini rupa – rupanya miliki sebuah tarikan yang lebih kurang sama dengan Bali Swing iaitu di Kokol Hill Elf. Tak perlu lah anda keluar bajet yang besar untuk ke Bali.
3. Pasar Filipina Sabah
Ada Pasar Filipina di dalam Malaysia? Bagi yang tak tahu, ada sebab nya kenapa pasar ini boleh terbentuk di negeri Sabah. Ini semua bermula apabila kawasan yang menjadi tapak pasar ini dijadikan sebagai pusat transit untuk pelarian yang datang dari Filipina. Bermula dari situ, orang Filipina mulakan perniagaan hingga lah kini.
4. Pasar Besar Kota Kinabalu
Pasar Besar Kota Kinabalu adalah sebuah lokasi berbelanja yang terbahagi kepada dua buah kompleks iaitu pasar basah dan jualan barangan kering. Untuk bahagian pasar basah, anda dapat menemui segala macam hasil laut yang segar.
5. Taman Tunku Abdul Rahman
Taman Tunku Abdul Rahman ataupun Taman Laut Tunku Abdul Rahman adalah kawasan yang terdiri dari 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Manukan, Sapi, Sulug dan Mamutik. Untuk menuju ke pulau – pulau ini hanya mengambil masa beberapa minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot.
6. Tagal Tinopikon
Tagal Tinopikon adalah tarikan yang berada di dalam Kampung Notoruss Penampang. Lokasinya hanya lah sekitar 40 minit dari bandar raya Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan anda, Tagal Tinopikon adalah sebahagian dari sungai Moyog.
7. Kipandi Butterfly Park
Siapa tak teruja melihat rama – rama yang penuh dengan warna warni, tapi malangnya, susah betul nak bertembung dengan mereka ni kan? Untuk berikan anda sekeluarga kepuasan teruja yang tidak akan habis ini, anda boleh melawat Kipandi Butterfly Park. Di sini, walau di mana sahaja anda berjalan, anda akan sentiasa disapa dengan kehadiran komuniti serangga yang cun tak terkata ni.
8. Atkinson Clock Tower
Atkinson Clock Tower (Menara Jam Atkinson) adalah sebuah menara yang telah dibina untuk memperingati seorang pentadbir British yang meninggal dunia di usia muda iaitu ketika berumur 28 tahun pada tahun 1902, Francis George Atkinson kerana penyakit Malaria. Menara ini telah dibina dengan menggunakan wang hasil sumbangan keluarga Atkinson sendiri serta para pelayar pada tahun 1905.
9. Pantai Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru adalah lokasi di mana anda sekeluarga boleh melarikan diri dari kesibukan di kawasan bandar. Sekiranya anda menginap di sekitar bandar, anda boleh juga datang ke sini tanpa perlu susah payah kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh.
10. Kota Kinabalu Upside Down House
Dah bosan melihat benda – benda cliche, anda boleh melawat Kota Kinabalu Upside Down House. Mata anda akan dikejutkan dengan pemandangan yang pelik seperti hidup di angkasa lepas dek kerana kedudukan semua benda di dalam galeri ini yang terbalik dari yang sepatutnya.
11. Menara Tun Mustapha
Jangan ingat di KL sahaja ada reka bentuk bangunan yang mengujakan, sebab di Kota Kinabalu pun ada bangunan luar biasanya! Bangunan yang dinamakan Menara Tun Mustapa ini dibina dengan reka bentuk yang tak pernah dibuat orang, iaitu seperti bentuk sebuah roket yang bakal dilancarkan.
12. Jesselton Point Waterfront
Jesselton Point Waterfront adalah kawasan feri yang utama di bandar Kota Kinabalu. Pada asalnya, tempat ini dinamakan sebagai Terminal Feri Kota Kinabalu. Di sinilah semua para pelawat yang ingin menjejakkan kaki ke pulau – pulau yang berada di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ataupun Labuan akan menunggu kehadiran bot-bot laju.
13. Signal Hill Observatory Platform
Signal Hill Observatory Platform adalah sebuah ruang pemerhatian yang berbentuk seperti piring UFO yang berada di puncak tertinggi bandar ini. Sekiranya anda sekeluarga ke sini, pemandangan yang meluas sekitar bandar dari perspektif burung yang terbang tinggi dapat dilihat dengan sepuas hati.
Sampai di sini saja senarai tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Banyak sekali tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda lawati dan aktiviti untuk dicuba! Dari aktiviti lasak seperti flying fox hinggalah kepada penerokaan flora dan faunanya, Kota Kinabalu bukanlah destinasi percutian yang biasa. Jangan lupa tempah hotel sebelum tiba di Kota Kinabalu ini. Selamat bercuti.